| MARDI digit grass | rumput MARDI digit | Veterinar | Tiada | Rumput yang berstolon, tumbuh bertompok-tompok dan mempunyai batang tegak dengan buku ruas yang mempunyai sedikit bulu halus. Rumpunnya sederhana tebal, dengan batang dan daun yang lembut dan boleh tumbuh setinggi 30-50 cm. Bahan kering yang dihasilkan ialah 16-23 tan/hektar setahun. Rumput ini sesuai untuk ragutan dan mengandungi protein kasar sebanyak 8.5-10.5%. Rumput ini mudah dibiak dengan keratan rumpun walaupun mengeluarkan sedikit biji benih yang subur. Ia sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah terutamanya tanah gambut. Nama saintifik: Digitaria setivalva. |