| adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S, Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen �Uda dan Dara� karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan dara, novel Salina oleh A. Samad Said diadaptasikan kepada bentuk drama dengan judul yang sama, atau cerita H |
| regionalism | kedaerahan | Kesusasteraan | Tiada | Semangat kewilayahan yang ditunjukkan dalam kesusasteraan (semua genre) melalui loghat, dan pemaparan suasana, tingkah laku, kepercayaan, nilai, sejarah atau persekitaran sesuatu kawasan geografi. Semangat kedaerahan yang mendalam dapat mendorong penulis mencipta secara tepat suasana, pertuturan, adat resam, kepercayaan, dan sejarah sesuatu tempat. Karya daerah yang baik seperti puisi Robert Frost dan Robert Lowell mampu melangkau batasan kedaerahan dan berupaya mencapai wawasan yang universal. Penulis Melayu yang banyak memanfaatkan semangat kewilayahan ialah Shahnon Ahmad melalui karyanya berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge, dan S. Othman Kelantan melalui karyanya bertajuk Jogho. Contoh karya sastera Arab ialah novel Du�a�al-Karawan oleh Taha Husayn, manakala contoh karya sastera Parsi ialah Tangsir oleh Sadiq Chubak. |
| adaptation | adaptasi | Kesusasteraan | Tiada | Penyesuaian dengan keadaan yang baharu atau berbeza. Penyesuaian melibatkan penyusunan semula keseluruhan atau sebahagian karya daripada suatu bahasa, budaya, medium atau genre kepada bahasa, budaya, medium atau genre yang lain. Adaptasi yang melibatkan bahasa dan budaya ialah karya terjemahan dan saduran. Adaptasi yang melibatkan medium dan genre ialah novel atau cerpen kepada filem atau televisyen, atau daripada novel kepada drama. Contoh karya adaptasi klasik ialah Hikayat Seri Rama Melayu yang berasal daripada epik Ramayana dari India. Contoh lain ialah novel Juara karya S. Othman Kelantan yang diadaptasikan kepada filem dengan tajuk Jogho diarahkan oleh U-Wei Haji Saari pada tahun 1997. Novel Ranjau Sepanjang Jalan oleh Shahnon Ahmad diadaptasikan kepada bentuk filem dengan judul yang sama, cerpen “Uda dan Dara” karya Usman Awang diadaptasikan kepada drama pentas dengan tajuk Muzikal Uda dan Dara, novel Sali |