| standardised herbal preparation | sediaan herba terpiawai | Herba | Tiada | Sediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk berterapi dalam had boleh diterima. Pemiawaian ini dicapai melalui pelarasan sediaan herba dengan eksipien atau pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, kuantiti sediaan herba dinyatakan dalam julat yang sepadan dengan kuantiti juzuk berterapi. Contohnya, 415-500 mg serbuk daun herba Sennae folium terpiawai mengandungi 12.5 mg glikosida hidroksiantrasena yang dihitung sebagai senosida B. |
| quantified herbal preparation | sediaan herba terkuantiti | Herba | Tiada | Sediaan herba yang diselaraskan kandungan juzuk aktif dalam julat boleh diterima. Pelarasan ini dicapai melalui pengadunan beberapa kelompok sediaan herba. Bagi sediaan serbuk herba, sediaan herba terkuantiti dinyatakan sebagai juzuk yang jelas dalam kuantiti julat yang ditentukan. Contohnya, 4 g serbuk kulit kayu batang Salicis cortex mengandungi 40-48 mg jumlah glikosida fenolik sebagai salisin. |
| genuine herbal preparation | sediaan herba tulen | Herba | Tiada | Sediaan herba tanpa eksipien. Sediaan yang berbentuk lembut dan cecair mungkin mengandungi pelarut pengekstrakan seperti air dan alkohol. Contohnya, ubat periuk dan jamu. |
| expiry date | tarikh akhir | Herba | Tiada | Masa yang ditetapkan untuk menandakan tarikh (bulan dan tahun) sah digunakan bagi suatu sediaan herba. Tarikh ini ditentukan daripada kajian kestabilan sediaan herba dan merujuk kepada status degradasi sediaan herba semasa disimpan dalam keadaan yang tertentu. Tarikh akhir ini berbeza mengikut jenis sediaan herba. Biasanya sediaan ekstrak herba mempunyai tarikh akhir yang lebih lama berbanding sediaan herba mentah. |
| drug extract ratio (DER) | nisbah drug ekstrak | Herba | Tiada | Nisbah antara kuantiti bahan herba yang digunakan dalam pengilangan sediaan herba dengan kuantiti sediaan herba yang dihasilkan. Angka di sebelah kiri menyatakan kuantiti relatif bahan herba sementara angka di sebelah kanan menyatakan kuantiti relatif sediaan herba yang terhasil. Nisbah ini menyatakan kualiti ekstrak herba. Contohnya, 10 kg bahan herba yang menghasilkan 1 kg sediaan herba memberikan nisbah drug ekstrak 10 : 1. |
| buccal formulation | sediaan bukal | Perubatan | Farmakologi | Sediaan ubat yang digunakan di bahagian mukosa oral lateral iaitu bahagian dalam pipi untuk merawat lesi setempat seperti ulser mulut. Contoh ubat sediaan bukal ialah krim Bonjela. |
| combination formulation | sediaan kombinasi | Perubatan | Tiada | Sediaan ubat yang mengandungi dua atau lebih ubat dalam nisbah dos tertentu. Antara tujuan penggabungan ubat tersebut adalah untuk melahirkan kesan sinergistik, mengurangkan kesan sampingan ubat gabungan atau memperluas kesan terapeutik. Contoh sediaan kombinasi ialah Panadein yang merupakan gabungan Paracetamol dan Codeine. |
| drug formulation | sediaan ubat | Perubatan | Tiada | Bentuk akhir penyediaan sesuatu ubat untuk kegunaan pesakit seperti cecair suntikan, tablet, kapsul, sirap, salap dan krim. Sediaan ini mengandungi bahan aktif ubat berserta bahan lain untuk menstabilkan, memberi bentuk, menambahbaik perisa serta rupa ubat. Bentuk sediaan terakhir ini bergantung kepada sifat kimia dan kegunaannya. |
| fluoride preparations | sediaan fluorida | Pergigian | Tiada | Campuran bahan kimia yang mempunyai ion fluorida yang digunakan dalam rawatan fluorida topikal. Campuran bahan ini boleh dimasukkan ke dalam ceper khas dan diletakkan pada permukaan gigi. Sediaan ini juga boleh disapu pada permukaan gigi dengan menggunakan pelet kapas. Sediaan fluorida terdapat dalam pelbagai perisa untuk mengurangkan rasa pahit. Ion fluorida akan diserap oleh gigi untuk memperkuat struktur gigi supaya lebih tahan terhadap tindakan asid dan mengurangkan kejadian karies. |
| storage area | kawasan penstoran | Herba | Tiada | Suatu bahagian kawasan bersih di dalam sebuah kilang yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Kawasan penstoran ini perlu diurus, diselenggara, dipantau dan dijaga kebersihannya dengan baik bagi menghalang kemerosotan kualiti bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba. Persekitaran stor seperti suhu, lembapan dan sinaran cahaya juga perlu dikawal menurut kesesuaian bahan dan sediaan herba. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba perlu dilabel dan disimpan mengikut jenis masing-masing. Bahan mentah, sediaan atau produk akhir herba disimpan mengikut turutan untuk memastikan putaran stok yang berkesan. Akses ke kawasan ini juga perlu dikawal untuk mengelakkan pencemaran dan pencerobohan. |