| morality play | lakon moraliti | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500). |
| wave like property | sifat baik gelombang | Kimia | Tiada | Tiada |
| optimum water | air optimum | Kejuruteraan | Tiada | Isi padu air yang digunakan untuk membancuh simen agar memberikan buburan simen dengan sifat-sifat yang paling baik, sesuai untuk penggunaannya yang khusus. |
| exemplum | cerita moral | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale ole |
| carbon nanotube | nanotiub karbon | Fizik | Nanoteknologi | Kepingan grafit yang digulung dalam bentuk tiub atau silinder dengan diameter beberapa nanometer. Molekul karbon ini mempunyai sifat-sifat yang berpotensi digunakan dalam nanoteknologi, optik dan bidang sains bahan yang lain. Sifat istimewa tiub ini adalah terlalu kukuh, ciri elektrik yang unik dan konduktor haba yang sangat baik. Terdapat dua jenis nanotiub, iaitu nanotiub dinding tunggal dan nanotiub berbilang dinding. |
| dough improver | penaik doh | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Aditif yang ditambah ke dalam tepung bagi mempercepat proses pematangan semula jadi tepung semasa penyimpanan untuk meningkatkan mutu pembakarannya. Bahan ini mengubahsuai sifat-sifat fizikal gluten supaya mempunyai sifat pengendalian yang lebih baik dan tolenrasi yang lebih tinggi semasa penapaian serta menghasilkan buku roti yang lebih besar dan bertekstur halus. Contoh, klorin dioksida dan kalium bromat. |
| composite material | bahan rencam | Aeroangkasa | Tiada | Bahan yang dihasilkan daripada gabungan sekurang-kurangnya dua juzuk yang masih mengekalkan ciri masing-masing untuk memberikan sifat yang lebih baik daripada sifat bahan asal.,Bahan yang dihasilkan daripada gabungan sekurang-kurangnya dua juzuk yang masih mengekalkan ciri masing-masing untuk memberikan sifat yang lebih baik daripada sifat bahan asal. |
| anti-knock agent | agen antiketuk | Kejuruteraan | Petroleum | Sebatan kimia yang apabila sedikit sahaja dicampurkan kepada suapan bahan bakar bagi enjin pembakaran dalam akan mempunyai sifat penindasan ketukan yang lebih baik. Sifat ini terjadi disebabkan oleh peningkatan pengkadaran oktana bahan bakar dalam nilai yang besar apabila sedikit sahaja sebatian kimia tersebut dicampurkan ke dalam bahan bakar. Dengan demikian, pembakaran bahan bakar tersebut akan lebih sempurna dan letupannya pun akan berkurangan atau musnah sama sekali. |
| group selection | pemilihan kumpulan | Biologi | Ekologi | Penghapusan sekumpulan individu yang memiliki sifat genetik yang kurang baik disebabkan oleh pengasingan dengan kumpulan lain yang mempunyai sifat yang lebih baik. |
| beast fable | fabel binatang | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera rakyat yang terawal dan penting yang mengisahkan alam kehidupan binatang. Cerita yang dipaparkan biasanya pendek dan melibatkan binatang seperti burung, arnab, kera, musang, anjing dan lain-lainnya. Binatang tersebut digambarkan memiliki sifat-sifat manusia biasa. Umumnya, fabel binatang memiliki plot yang ringkas dengan tema bersifat pengajaran. Cerita tersebut berfungsi sebagai hiburan dan pendidikan moral kepada kanak-kanak. Ada kalanya unsur pendidikan moral disampaikan secara sindiran atau kiasan. Fabel binatang wujud dan berkembang dalam hampir semua tradisi sastera di dunia, sama ada di India, Arab, Parsi, Eropah, China, Jepun dan lain-lain. Fabel binatang dalam masyarakat Inggeris misalnya terkenal dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan arnab, serigala, burung, kuda, beruang dan anjing. Salah satu contoh yang baik ialah koleksi fabel binatang dalam karya Chaucer berjudu The Nun�s Priest�s Tale. Cerita binatang yang terkenal dalam kesusasteraan Arab dan Parsi ialah Kalilah |