| treacle | sirap pekat hitam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap pekat hitam: Sirap daripada sisa gula yang diproses yang pekat dan berwarna hitam. |
| shingle style | gaya sirap | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni bina rumah Amerika Utara pada pertengahan abad ke-19. Rumah-rumah dibina menggunakan kepingan papan (sirap) yang dipasang di bahagian bumbung dan di bahagian dinding sebagai kemasan akhir. Reka bentuk gaya sirap mempunyai tampak simetri dan susunan ruang dalaman yang terbuka. |
| grenadine | sirap buah delima | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada jus buah delima dan gula. |
| golden syrup | sirap kencana | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada air gula yang dididih sehingga likat dan berwarna keemasan tetapi tidak sampai menjadi karamel. |
| stock syrup | sirap kaldu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada gula pasir yang dimasak bersama 850g air sejuk dengan konsistensi cair untuk melembapkan kepingan kek sebelum disalut dengan aising. |
| golden syrup | sirap kencana | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap daripada air gula yang dididih sehingga likat dan berwarna keemasan tetapi tidak sampai menjadi karamel. |
| corn syrup | sirap jagung | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sirap pekat lut sinar mengandungi maltosa dekstrin dan dektrosa daripada kanji jagung, dan digunakan dalam makanan. |
| maple syrup urine disease | penyakit urin sirap mapel | Perubatan | Tiada | Urin yang berbau seperti sirap mapel kerana lebihan valina, leusina, isoleusina dan alloisoleusina, jika tidak dirawat boleh mengakibatkan kerencatan mental dan kematian pada peringkat bayi. |
| syrup | sirap | Farmasi | Farmaseutik | Cecair yang mengandungi ubat atau perasa dan biasanya mempunyai kandungan gula yang tinggi (85 peratus ke atas). Gula yang digunakan biasanya ialah sukrosa. Sirap boleh digunakan sebagai agen perasa atau agen pembawa. |
| fiberglass shingle | sirap kaca gentian | Kesenian | Seni Bina | Genting kemasan pada bumbung yang diperbuat daripada kaca gentian asas bukan organik, tepu dengan asfalt (tar) dan timbul pada permukaan kering dengan butiran seramik berwarna. Sirap kaca gentian biasanya digunakan sebagai bumbung rumah kerana kosnya yang rendah dan kaedah pemasangannya yang mudah. |