| sulphur drug | drug sulfa | Veterinar | Tiada | Kumpulan drug yang mengandungi sulfur dikenali sebagai sulfonamida. Drug ini digunakan untuk mengawal jangkitan bakteria sistemik. Antara contoh drug dalam kumpulan ini ialah sulfatiazol, sulfadimidina, sulfamerazina, sulfadiazina, sulfapiridina dan sulfabromometazina. Mekanisme tindakannya ialah dengan menghalang sintesis protein dan proses metabolisme bagi merencat pembiakan bakteria. Drug ini lebih berkesan jika diberi pada peringkat awal jangkitan sesuatu penyakit. |
| antimetabolite | antimetabolit | Kimia | Forensik | Sebatian organik yang melawan metabolisme,khususnya metabolisme baktelia yang menyebabkan penyakit. Sesetengah antimetabolit bertindak secara merencat enzim yang diperlukan oleh bakteria untuk pembesarannya. Sebatian ini dikenali sebagai antibiotik jika ia merupakan hasil sesetengah kulat atau strain semula jadi bakteria. Contoh antimetabolit yang kuat ialah dadah sulfa dan penisilin. |
| antimetabolite | antimetabolit | Herba | Fitokimia | Bahan asing yang bersaing, menggantikan, atau merencatkan lalu mengganggu-gugat fungsi sesuatu bahan dalam sel. Bahan asing ini boleh memasuki sel kerana strukturnya menyerupai metabolit asal, namun bahan ini tidak bertindak dengan cara yang sama seperti metabolit asal. Bahan asing ini boleh merencat tindakan enzim atau bertukar menjadi sebatian lain yang boleh membawa kebaikan atau kemudaratan. Contohnya, drug sulfa digunakan untuk mengubati penyakit bawaan bakteria kerana drug ini bertindak mengganggu sistem metabolisme bakteria tersebut tetapi tidak mengganggu sistem metabolisme manusia. |