| survey | survei | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah tinjauan secara sistematik ke atas permukaan tanah, bawah tanah, bawah air dan udara untuk mengesan tapak arkeologi. Survei merupakan tahap awal dan penyelidikan arkeologi. Survei permukaan tanah antaranya melibatkan proses berjalan kaki. Survei bawah tanah melibatkan alat bantuan seperti penggemaan. Survei bawah air menggunakan kaedah menyelam manakala survei udara menggunakan pendekatan foto udara dan penginderiaan jarak jauh. Tujuan survei adalah untuk menentukan potensi sesebuah tapak. |
| range survey | survei kawasan ragut; survei renj | Perhutanan | Tiada | Tiada |
| survey area | kawasan survei | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Suatu kawasan yang memerlukan tinjauan susulan setelah dikenal pasti sesuatu penemuan permukaan tanah yang dilaporkan secara rasmi atau secara lisan. Kesan survei yang ditentukan keluasannya dan kaedah survei dirancang berdasarkan kepada kesesuaian geografi lokasi berkenaan. Prosedur awal, survei memerlukan keizinan daripada pemilik tanah sama ada tanah tersebut milik persendirian atau kerajaan. |
| hot wire survey | survei wayar panas | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis ujian yang dilakukan terhadap telaga yang sedang digerudi yang mengalami kehilangan edaran. Tujuan survei ini adalah untuk mengetahui letak kedalaman tempat berlakunya kehilangan edaran tersebut. Survei dijalankan dengan cara menurunkan sejenis wayar yang telah ditentukan keberintangan, dan keberintangan wayar ini peka terhadap suhu. Kemudian lumpur dipamkan ke dalam telaga. Jika alat ini berada di atas dari zon kehilangan edaran, alatan akan mengalami perubahan keberintangan. Jika keberintangan tidak berubah bererti alat berada di bawah titik kehilangan edaran. |
| reconnaissance survey | tinjauan pengenalan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah yang digunakan secara meluas untuk mengenal pasti kedudukan tapak arkeologi. Survei yang dilakukan akan merekodkan jumpaan artifak dan fitur di permukaan tanah. Hasil daripada survei ini, contoh sumber semula jadi seperti batuan dan tanah turut diambil. Susulan daripada survei ini dapat ditentukan sama ada perlu atau tidak survei bersistematik dilakukan sebelum penggalian. Sinonim survei pengenalan. |
| reconnaissance survey | survei tinjauan | Geologi | Tiada | Survei awal, biasanya dijalankan dengan cepat dan pada kos yang secara relatifnya rendah, sebelum pemetaan yang lebih terperinci dan lebih tepat. |
| cadastral survey | survei kadaster | Geologi | Tiada | Survei yang berhubung dengan subbahagian dan sempadan tanah, dibuat untuk mewujudkan unit-unit yang sesuai untuk memindahkan atau untuk menentukan batasan hak milik. |
| tracer survey | survei penyurih | Kejuruteraan | Petroleum | Survei yang dilakukan ke atas telaga minyak bagi mendapatkan bacaan keradioaktifan daripada penyurih radioaktif yang disuntikkan ke dalam telaga berkenaan. Biasanya dilakukan bagi tujuan meninjau pergerakan bendalir di dalam telaga berkenaan, di talian paip yang mengalirkan bendalir dari telaga yang terlibat atau di dalam reserbor tempat telaga tersebut berada. |
| cement-bond survey | survei ikatan simen | Kejuruteraan | Petroleum | Suatu survei akustik atau kaedah pengelogan sonik yang merakam mutu atau kekerasan simen di dalam anulus (antara selongsong dengan dinding lubang telaga) tempat simen tersebut digunakan untuk mengikat atau melekatkan selongsong dengan formasi. Bahagian selongsong yang terikat dengan baik dengan formasi akan menghantarkan atau mengalirkan isyarat akustik dengan cepat, sementara selongsong yang tidak terikat dengan baik akan menyebabkan penghantaran isyarat akustik lebih perlahan. |
| line plot survey | survei plot jalur | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Survei kandungan hutan mengikut jalur yang telah ditetapkan terlebih dahulu. |