| tali-tali(Baj., Sam.) | tali-tali(Baj., Sam.) | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur benda berbentuk huruf S dipadankan dalam bentuk tali. |
| bunga tali-tali(Ir.) | bunga tali-tali(Ir.) | Kesenian | Tiada | Motif tenunan berunsur geometri berbentuk memanjang seperti tali. |
| rope drive | pemacuan tali | Mekanik | Gunaan | Pemindahan tenaga atau gerakan sudut dengan menggunakan tali yang tersokong pada kapi pemacu dan kapi pengikut. Kaedah analisis pemacuan tali adalah sama seperti kaedah analisis untuk pemacuan tali sawat. Tali digunakan sebagai alternatif kepada tali sawat apabila aci pemacu dan aci pengikut dipisahkan oleh jarak yang jauh, atau apabila tenaga yang besar hendak dipindahkan. Tali memerlukan alur pada kapi untuk menambahkan cengkaman geseran dan mengurangkan kecenderungan untuk menggelincir. |
| belt friction | geseran tali sawat | Mekanik | Gunaan | Geseran di antara anggota boleh lentur (seperti tali dan tali sawat) dengan jasad tegar sokong (seperti gelendong dan kapi) yang dililit oleh anggota boleh lentur itu [Rajah G9]. Geseran tali sawat menyebabkan berlakunya perbezaan tegangan pada dua bahagian anggota boleh lentur yang dipisahkan oleh bahagiannya yang menyentuh sokong yang berkenaan. |
| lifeline | tali keselamatan | Kejuruteraan | Tiada | 2. Tali keselamatan: Tali yang digunakan untuk menurunkan penyelam ke dalam air dan untuk menariknya semula ke permukaan. |
| belt | tali pinggang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Tali pinggang: Tali atau pita daripada kulit dan bahan-bahan lain yang dipakai di keliling pinggang untuk mengikat pakaian. |
| bowline bridle | tali kekang tindih kasih | Pelayaran | Tiada | Tali-tali kecil pada bahagian tepi layar yang mengikatkannya kepada tali layar utama. |
| tali wau | tali wau | Kesenian | Tiada | Tali daripada benang, tali tangsi, nilon atau sebagainya, digunakan untuk menaikkan wau. |
| dl-string (durolasticstring) | tali dl (tali durolastik) | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| dl-string (durolasticstring) | tali dl (tali durolastik) | Sukan | Tiada | Tiada |