| ornithine | ornitin | Kimia | Biokimia | Asid amino yang aktif optik dan tidak terdapat di dalam protein, tetapi merupakan bahan perantara penting dalam sintesis urea. Asid ini terbentuk daripada glutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan atau daripada N-asetilglutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan yang diikuti oleh pendeasetilan. Bentuk (L)nya menghablur daripada alkohol-eter dan larut di dalam air atau alkohol. Bentuk (DL)nya menghablur daripada air dan larut sedikit di dalam alkohol. Asid ini digunakan dalam penyelidikan biokimia dan dalam ubat-ubatan. |
| maltose | maltosa | Kimia | Biokimia | Disakarida yang terdapat di dalam sesetengah bijian yang sedang bercambah seperti barli dan sebagainya, dan dihasilkan daripada tindak balas enzim amilase ke atas kanji dan glikogen. Bentuk a-nya menghablur sebagai monohidrat dalam bentuk jejarum tanpa warna dan mempunyai takat lebur 102-103oC. Disakarida ini larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, boleh terbakar, tidak toksik, dan digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman sebagai pemanis, sebagai medium kultur dan sebagai penstabil polisulfida. |
| Commedia dell�arte | commedia dell�arte | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk drama komik yang terdapat di Itali pada pertengahan kurun ke-16. Dua aspek penting commedia dell arte ialah improvisasi dan watak stok. Para pelakon mengimprovisasikan cerita berdasarkan senario cerita. Gaya persembahan- nya hampir sama dengan bangsawan yang menggunakan improvisasi dan watak stok. Watak stok boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama, watak lurus yang diwakili oleh remaja atau orang muda yang sedang bercinta, dan watak tampak cerdik, kacak dan berpelajaran. Orang muda atau hero dikenali sebagai innamorato atau amoroso, manakala heroin dipanggil innamorata. Kedua, watak luar biasa yang beraksi dan berkelakuan secara berlebih-lebihan. Contohnya, capitano, pantalone, dottore dan harlequin. |
| coral reef | terumbu karang | Sains Marin | Tiada | Satu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut. |
| redox indicator | penunjuk redoks | Kimia | Kimia Analisis | Bahan yang digunakan untuk menunjukkan takat akhir suatu titratan redoks. Terdapat dua jenis, iaitu penunjuk redoks sebenar dan penunjuk redoks tentu. Penunjuk redoks sebenar ialah apabila bahan itu mempunyai warna keadaan terturun yang berlainan dengan warna keadaan teroksidanya dan perubatan warna terjadi apabila berlaku perubahan keupayaan sistem titratan, misalnya sebatian ferum (II) fenantrolin. Penunjuk redoks tentu ialah bahan yang berubah warna hasil tindak balas nya dengan salah satu spesies dalam sistem titratan misalnya kanji. |
| Achenese gravestone | nisan Acheh | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Batu tanda pada kubur yang mempunyai pengaruh Acheh yang diperbuat daripada batu pasir. Batu tanda ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu puncak, kepala, bahu, badan bahagian atas, bawah dan dasar. Batu tanda turut dilengkapi dengan ayat suci al-Quran, puisi Arab dan kalimah syahadah. Terdapat beberapa pola hias yang berbentuk simbolik seperti cungkup di bahagian puncak yang dikaitkan hubungan antara manusia dengan pencipta-Nya. Hiasan bunga roset dibahagian bahu atau sayap dan sarang labah-labah di bahagian dasar dianggap sebagai perlambangan hidup yang tidak kekal. Pada bahagian tertentu terdapat nama si mati dan angka tahun kematiannya. Batu tanda ini hanya digunakan oleh golongan sultan dan kaum kerabatnya sahaja. Batu tanda ini berbentuk persegi empat dan kemudiannya berkembang kepada bentuk bulat. Bentuk batu tanda untuk lelaki mempunyai sayap atau bahu yang melengkung ke dalam atau ke atas berbanding wanita. Di Semenanjung Malaysia, batu tanda ditemui dalam sekitar abad ke-15 M hingga ke |
| tongkungon | tongkungon | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang berbentuk tiub. Tongkungon diperbuat daripada buluh jenis poring yang panjangnya hampir satu meter. Talinya dipotong daripada permukaan atau korteks buluh dan ditiunkan dengan kekuda yang terletak di bawah setiap tali tersebut. Alat muzik ini dipegang secara menegak dan talinya dipetik dengan jari. Tongkungon menghasilkan melodi untuk mengiringi tarian atau mengisi masa lapang selepas bekerja. Jumlah tali dan sistem tiunan alat muzik ini sama dengan gong dalam ensembel gong besar dalam kalangan masyarakat tersebut. Alat muzik yang terdapat di Sabah ini dimainkan oleh masyarakat Dusun dalam muzik rakyat. Tongkungon juga dikenali sebagai kulintangan oleh suku kaum Timugon Murut dari Tenom. Alat muzik ziter seperti takobung |