| chromatography | kromatografi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Kaedah pemisahan berdasarkan penyerapan terpilih ke atas komponen-komponen di dalam campuran kompleks. Ia melibatkan pergerakan satu fasa bergerak yang mengandungi komponen boleh larut daripada campuran asal melalui satu fasa pegun dana menghasilkan keseimbangan taburan komponen-komponen tersebut pada kedua-dua fasa ini. Oleh sebab terdapat perbezaan nisbah taburan keseimbangan bagi komponen yang berlainan, maka pergerakan setiap komponen adalah pada kadar yang berbeza dan dengan itu terjadilah pemisahan. |