Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebarnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air embolismembolisme udaraPerubatanTiadaGejala akibat tersebarnya gelembung udara dalam sirkulasi darah. Keadaan ini boleh berlaku apabila tekanan vena lebih rendah daripada tekanan atmosfera, iaitu semasa vena yang terbuka berada lebih tinggi daripada jantung. Contohnya, semasa pembedahan otak terutama apabila pesakit berada dalam keadaan duduk dan semasa melakukan kanulasi vena sentral. Keadaan ini juga boleh berlaku semasa melakukan prosedur yang melibatkan insuflasi atau suntikan gas seperti prosedur laparoskopik. Embolisme udara menyebabkan takikardia, penurunan keluaran jantung, sinosis, bronkospasma, sembab paru-paru dan kelainan ritma jantung.
barrier nursingperawatan sekatan/rawatan sekatanPerubatanTiadaKaedah pencegahan tersebarnya jangkitan dari seorang pesakit ke pesakit-pesakit lain di dalam wad terbuka.
fat embolism syndromesindrom embolisme lemakPerubatanTiadaGejala yang timbul akibat tersebarnya titisan lemak dalam sirkulasi darah yang biasanya berlaku selepas trauma major. Gejala ini juga boleh berlaku kepada mangsa kebakaran, pesakit akut pankreatitis, kencing manis, dalam prosedur rekonstruksi sendi dan sedutan lemak. Embolisme lemak boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keliru, resah, sawan, infark serebrum, koma, sesak nafas, hemoptisis, takikardia dan hipotensi.
colloidkoloidFarmasiFarmaseutikSistem cecair yang terhasil apabila satu fasa sama ada pepejal, cecair atau gas tersebar dalam satu fasa cecair, dan satu atau lebih daripada komponen tersebarnya berdimensi dalam julat 1 nanometer hingga 1 mikrometer.
collective behaviourperilaku bersamaKomunikasiKorporatKesan sesuatu kempen yang menyebabkan khalayak yang menerima sesuatu mesej bertindak secara bersama. Kesan ini ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku khalayak sasaran yang menerima mesej yang sama daripada sumber maklumat yang sama. Mesej yang disebarkan boleh menggunakan satu atau lebih kaedah penyaluran maklumat yang diuruskan oleh agen pengiklanan atau organisasi. Dalam perhubungan awam, perilaku bersama sering terjadi selepas sesuatu kempen dilaksanakan. Contohnya, kempen menderma darah selepas tersebarnya peristiwa yang melibatkan kecederaan kepada orang awam secara besar-besaran. Contoh lain ialah kempen menderma makanan dan pakaian setelah tersebarnya berita mengenai banjir besar atau tsunami. Mesej kempen tersebut telah mendorong pelbagai pihak untuk melakukan tindakan bersama seperti yang diuar-uarkan melalui saluran kempen di kawasan khalayak berada.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.

Kembali ke atas