| bandwagon effect | kesan sampan tunda | Sains Politik | Politik Perbandingan | Suatu perkara yang menjadi ikutan orang ramai ekoran daripada kepercayaan bahawa perkara tersebut akan menjadi lebih serius, berjaya dan berpengaruh. Ikutan tersebut tidak terbentuk melalui penyelidikan yang bersandarkan kepada merit, keperluan atau kepentingan tertentu, tetapi kesan ini timbul hasil daripada konstruksi yang dilakukan oleh alat-alat sosial seperti media, pengiklanan atau kempen. Konstruksi tersebut berjaya membentuk satu kesan sampan tunda yang akhirnya menjadi ikutan orang ramai. Dalam konteks politik, kesan ini boleh diperhatikan semasa pilihan raya apabila pengundi memilih seseorang calon atau parti disebabkan oleh peranan media yang menyatakan bahawa calon atau parti tersebut mempunyai peluang yang cerah untuk menang dengan menonjolkan faktor-faktor tertentu seperti personaliti dan rekod pentadbiran yang baik. |
| influence | pengaruh | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Teknik menguasai hubungan sesama aktor politik. Teknik ini bertujuan supaya sesuatu pihak mendorong pihak lain untuk membuat sesuatu yang tidak akan dibuat tanpa dorongan tersebut. Pengaruh berbeza dengan kuasa kerana teknik ini tidak melibatkan unsur pemaksaan sebaliknya melibatkan unsur dorongan atau pujukan. Dalam konteks perhubungan antarabangsa, sesuatu pihak yang berpengaruh memiliki sumber tertentu seperti kekuatan ekonomi, kekuatan politik dan kekuatan persenjataan. Kekuatan ini menjadi sumber untuk tawar-menawar dengan pihak yang lain. Contohnya, Amerika Syarikat berjaya mempengaruhi Turki untuk menggunakan pangkalan tentera negara tersebut dalam misi menjatuhkan rejim Saddam Hussein pada tahun 2003. |
| oligarchy | oligarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk pemerintahan yang dikuasai oleh segolongan elit yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pemerintahan ini melaungkan idea demokrasi tetapi pada hakikatnya segolongan kecil elit sahaja yang menentukan segala keputusan penting dalam pemerintahan. Walaupun begitu, pemerintahan ini memberi kebebasan kepada orang ramai dan membenarkan kehadiran pembangkang, golongan pendesak, media yang bebas dan perlembagaan yang kukuh. Oligarki tidak semestinya berada dalam sistem pemerintahan demokrasi tetapi juga wujud dalam sistem pemerintahan komunis. Konsep ini dikembangkan oleh Roberto Michels yang menghuraikan fenomena oligarki di Jerman Timur pada era perang dingin. |
| peer group | kelompok sebaya | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok yang seangkatan umurnya. Kelompok ini tidak semestinya terdiri daripada satu kaum, tempat tinggal atau kelas sosial yang setara tetapi mereka berada dalam lingkungan umur yang sama. Kelompok sebaya ini mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik apabila cenderung pengaruh-mempengaruhi sesama mereka. Pengaruh sekolah dan ibu bapa yang selama ini ditanam dalam jiwa anak muda boleh berubah apabila mereka telah bercampur dengan kelompok sebaya. Golongan pelajar ketika di universiti dianggap sebagai kelompok sebaya yang sangat berpengaruh dalam proses sosialisasi politik. Sinonim kelompok setara. |
| ruling elites | elit pemerintah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sekumpulan kecil golongan atasan yang menguasai pemerintahan, ekonomi dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Kumpulan penguasa ini tidak semestinya terlibat secara langsung dalam jentera pemerintahan tetapi memiliki hubungan yang akrab dengan pemerintah. Hubungan ini boleh terbentuk kerana mereka menganggotai parti yang sama, rakan lama, hubungan persaudaraan, ikatan perniagaan dan rakan dalam perjuangan sesuatu matlamat poIitik. Dengan itu, mereka mempunyai suara dan sangat berpengaruh dalam menentukan sesuatu keputusan, mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar dan boleh campur tangan dalam pelaksanaannya. Contohnya, elit pemerintah Singapura yang wujud di sekitar golongan kanan pemimpin atau bekas pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP). |
| meditation | meditasi | Psikologi | Psikologi Umum | Senaman mental yang digunakan untuk meningkatkan kesedaran individu. Meditasi diperoleh melalui satu siri latihan tumpuan yang boleh meningkatkan kesedaran dan mengawal proses mental supaya pengaliran fikiran tidak mudah terganggu. Semasa proses meditasi, rakaman elektroensefalogram (EEG) menunjukkan wujudnya pola gelombang yang unik tentang kesedaran. Terdapat dua jenis meditasi, iaitu meditasi tumpuan dan meditasi reseptif. Individu yang mengamalkan meditasi tumpuan akan memfokus kepada satu titik seperti objek, pemikiran atau pernafasan. Sebaliknya individu yang mengamal meditasi reseptif meluaskan lapangan pandangan melebihi satu titik dengan melebarkan mindanya ke alam yang lebih luas. Meditasi tumpuan didapati lebih berpengaruh dan biasanya diiringi dengan mantera yang disebut berulang kali secara beritma dan lancar. Meditasi berkesan dalam merendahkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan meredakan ketegangan otot. |
| totalitarian government | kerajaan totalitarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah yang melaksanakan pemerintahan berasaskan penguasaan ketat terhadap individu. Penguasaan ini bertujuan supaya individu tunduk kepada pemerintah dan ini dilakukan dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Kerajaan seperti ini tidak membenarkan persaingan politik secara terbuka, kewujudan parti pembangkang dan kebebasan NGO. Hukuman keras dilaksanakan kepada penentang kerajaan. Kerajaan jenis ini boleh muncul sama ada melalui satu revolusi seperti yang berlaku di China dan Soviet Union atau secara kemunculan seorang diktator yang sangat berpengaruh seperti Hitler di Jerman dan Mussolini di Itali. |
| budget cuts | potongan belanjawan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kurangan yang dilakukan ke atas peruntukan kepada sesuatu pihak seperti jabatan kerajaan atau organisasi tertentu berbanding dengan jumlah yang diterima dari tahun sebelumnya kerana sesuatu sebab. Potongan boleh jadi dilakukan kerana kurangnya desakan keperluan bahagian tersebut atau mungkin juga kerana kekurangan belanjawan keseluruhan negara tersebut. Kekurangan belanjawan boleh membawa kepada sesuatu krisis apabila pihak yang menjadi mangsa tidak dapat menerima keputusan tersebut seperti angkatan tentera yang merupakan satu institusi yang sangat berpengaruh di negaranya. |
| vorticity equation | persamaan kevortisan | Sains | Tiada | Persamaan kevortisan yang mengaitkan kadar tukaran komponen tegak kevortisan dengan capahan mendatar. Persamaan ini diterbitkan dengan melenyapkan geokeupayaan (atau tekanan) daripada persamaan gerakan. Dalam koordinat tekanan persamaan kevortisan boleh ditulis seperti yang berikut: Dalam koordinat Cartesan ia ditulis: dengan ialah komponen tegak kevortisan; parameter Coriolis; kesetaraan bagi halaju menegak dalam koordinat tekanan; halaju tegak; isi padu spesifik; dan tekanan. Ungkapan pertama (a) di sebelah kanan persamaan ini sangat berpengaruh dalam gerakan atmosfera skala besar. Ungkapan kedua (b) kadang kala dikenali sebagai ungkapan terpilin dan mewakili penjelmaan kevortisan daripada komponen mendatar kepada komponen menegak. Ia dipercayai penting bagi gerakan berskala kecil seperti di dalam perenggan. Ungkapan ketiga (c) dalam bentuk kedua mewakili penjanaan langsung kevortisan oleh ketumpatan dan gradien tekanan dan biasanya tidak penting. |