Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Sayang-sayang buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Hatiku rindu tidak tertahan,
     Tak pandang sehari rasa sebulan.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kura-kura di atas dahan.

Bermaksud :

Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pruningpemangkasanPertanianAgronomi

Aktiviti mengerat atau mencantas pucuk atau dahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru.  Aktiviti ini juga bertujuan untuk membuang dahan berpenyakit, reput dan tidak berfungsi.  Selain, itu pemangkasan juga dilakukan untuk menghasilkan rupa bentuk tanaman.  Contohnya, pemangkasan  pokok buah-buahan untuk menggalakkan pengeluaran pucuk baru, dan pemangkasan pokok koko supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan pada aras 1.5 m bagi memudahkan pengeluaran dan pemungutan hasil.

limbingpemangkasan cabangPerhutananTiadaProses membuang dahan yang tidak mempunyai nilai komersial semasa pembalakan. pemotongan cabang.
limbingpemangkasan cabangPerhutananPengurusan HutanProses membuang dahan yang tidak mempunyai nilai komersial semasa pembalakan. pemotongan cabang.
clear logbalak bersihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBatang balak tidak mempunyai dahan atau cacat yang nyata seperti buku kayu. Balak seperti ini mudah diperolehi daripada kayu balak tropika seperti meranti dan keruing.
branch woodkayu dahanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian berkayu suatu pokok yang tidak ternasuk batang dan akar. Kayu ini merangkumi kayu daripada bahagian dahan dan ranting kecil. Kayu ini jarang digunakan untuk pengeluaran kayu gergaji, tetapi boleh digunakan sebagai sumber kayu pulpa dan kayu api.
water sproutsulur airLandskapTiadaTunas yang keluar dengan ban yak pada dahan tumbuhan yang tidak memberi sebarang faedah kepada tumbuhan tersebut. Tunas-tunas ini perlu dibuang bagi mengelakkan kecacatan pada pokok induk.
adaptive orientationorientasi suaianBiologiEkologiSifat yang ditunjukkan oleh kebanyakan serangga, burung, dan haiwan lain untuk melindungi diri daripada pemangsa. Misalnya, sesetengah rama-rama akan melipatkan kepaknya apabila hinggap di atas dahan supaya tidak dapat dikesan oleh musuh.
burlbonggolPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBonjol yang terjadi daripada penumpuan dan pemusatan ira kayu akibat pertumbuhan yang tidak normal pada batang, dahan dan akar pokok. Pertumbuhan yang tidak normal ini terjadi disebabkan ketegasan mekanikal atau serangan serangga. Kadangkala bonggol juga merangkumi ketumbuhan kecil bak buku pada kayu.
renewal pruningpemangkasan semulaPertanianAgronomi

 Sejenis cantasan yang dilakukan untuk memulih pokok yang terlalu tua atau yang diabaikan, supaya pokok tersebut mengeluarkan dahan baru yang akan menghasilkan buah. Contohnya, mangga atau pokok koko yang berumur lebih 20 tahun dan tidak mengeluarkan hasil yang memuaskan, dicantas semula untuk menggalakkan pengeluaran dahan baru yang menghasilkan lebih banyak buah.

tension woodkayu teganganPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu tidak normal yang terbentuk pada bahagian atas dahan atau batang kayu condong bagi kayu keras. Kayu ini mempunyai kadar pengecutan memanjang yang melebihi kadar kayu normal dan mengalami tompok basah semasa pengeringan dan permukaan yang berserabut apabila dipotong.
12

Kembali ke atas