| black phosphorous | fosforus hitam | Kimia | Tiada | Alotrop fosforus yang berbentuk pepejal, berwarna hitam, tidak larut dalam kebanyakan pelarut, dan dapat mengalirkan elektrik. |
| subbituminous coal | batu arang subbitumen | Kimia | Tiada | Sinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar. |
| subbituminous coal | batu arang subbitumen | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : lignit hitam Batu arang yang berwarna hitam, tidak begitu berkilau dan mempunyai nilai kalori antara 8,440 KJ dengan 11,606 KJ. Batu arang ini berdarjat antara lignit dengan batu arang bitumen. Batu Arang ini boleh digunakan dalam pembakaran kok untuk menghasilkan gas pengeluar. |
| carbonado | karbonado; intan hitam | Kimia | Tiada | Intan yang hitam, nyahwarna dan tidak tulen, dan tidak boleh digunakan sebagai perhiasan. |
| black chromium plating | saduran kromium hitam | Kesenian | Tiada | Saduran krom berwarna hitam yang tidak terlalu berkilat. |
| spottail shark | yu kepak hitam | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Carcharhinus sorrah, iaitu ikan jenis demersal yang tidak berkumpulan. Yu kepak hitam berwarna kelabu keperangan di bahagian atas dan putih di bahagian bawah. Ikan ini hidup di di sekitar kawasan terumbu karang serta dasar laut yang landai dan berpasir. Pada waktu malam, yu kepak hitam mendiami kawasan permukaan air manakala pada waktu siang ikan ini mendiami bahagian dasar laut. Sirip ekor bawah yu ini mempunyai tompok hitam, manakala sirip ekor atas berbintik hitam. Ikan ini gemar memakan sotong kurita serta ikan karang dan ditangkap menggunakan pancing atau pukat hanyut. |
| asphaltic pyrobitumen | pirobitumen berasfalt | Geologi | Tiada | Bitumen, biasanya berwarna hitam dan tidak berstruktur. Dari segi komposisinya, bitumen ini serupa dengan asfaltit tetapi tidak terlakur dan tidak larut di dalam karbon disulfida, dan biasanya mengandungi kurang daripada 5 peratus oksigen. |
| black smoke | asap hitam | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gas ekzos berwarna hitam yang disebabkan pembakaran tidak lengkap akibat pembakaran kandungan bahan api yang berlebihan dalam campuran udara-bahan api. Keadaan ini biasanya berlaku pada enjin diesel. |
| blacktip reef shark | yu sirip hitam | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Carcharhinus melanopterus, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Yu sirip hitam bersaiz sederhana dan berwarna coklat keperangan di bahagian atas badan serta putih di bahagian bawah badan. Pada puncak sirip dorsal kedua, hujung sirip pektoral, hujung sirip pelvik dan hujung sirip anal ikan ini terdapat tompokan berwarna hitam. Muncungnya pula pendek dan bulat melebar dari pandangan bawah. Jarak dari hujung muncung ke mulut hampir sama dengan jarak di antara kedua lubang hidung. Gigi pada rahang atas adalah kecil, ramping, bengkok dan bergerigi pada pangkalnya. Gigi pada rahang bawah juga kecil, ramping, tegak dan ada yang senget manakala bahagian tepinya bergerigi halus. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan rawai atau joran. |
| achromatic | tak kroma;akromatik | Kesenian | Seni Lukis | Sifat tidak berwarna, seperti putih, hitam atau yang dihasilkan daripada campuran putih dengan hitam. |