| vacuum | vakum | Kimia | Tiada | Ruang yang tidak mengandungi jirim. Bagaimanapun, vakum sempurna tidak wujud. Bagi tujuan amali, vakum rendah lazimnya ditakrifkan sebagai ruang yang bertekanan 10-2 pascal; vakum tinggi bertekanan lebih rendah daripada 10-2 pascal; dan ultravakum bertekanan lebih rendah daripada 10-7 pascal. |
| temperature sensitive mutation | mutasi peka suhu | Bioteknologi | Tiada | Mutasi yang menyebabkan gen dapat berfungsi pada suhu rendah, tetapi tidak aktif pada suhu tinggi, atau sebaliknya. Mutasi jenis ini menghasilkan fenotip yang normal pada sesuatu suhu, tetapi menjadi mutan pada suhu yang lain. |
| inferior reading | bacaan rendah | Kesusasteraan | Tiada | Bahan bacaan yang dianggap tidak begitu tinggi mutunya. |
| high vacuum | vakum tinggi | Kimia | Tiada | Keadaan tekanan gas yang sangat rendah sehingga tidak boleh berlaku pengionan gas disebabkan hampir ketiadaan gas. |
| high vacuum | vakum tinggi | Kejuruteraan | Tiada | Keadaan tekanan gas yang sangat rendah sehingga tidak boleh berlaku pengionan gas disebabkan hampir ketiadaan gas. |
| budget traveler | pelancong jimat | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang hanya berbelanja rendah dan santai serta tidak melibatkan kos yang tinggi. |
| lipid | lipid | Bioteknologi | Tiada | Sebatian ester alkohol alifatik tinggi yang tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik. Sebatian ini merupakan sebahagian daripada bahan biologi yang terdapat dalam tisu hidup. Pengekstrakannya dapat dilakukan dengan menggunakan pelarut kutub rendah. Terdapat pelbagai jenis lipid, iaitu lipid ringkas (lemak, minyak, dan lilin), kromolipid, dan lipid kompleks. |
| single grade oil | minyak satu gred | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Minyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred. |
| persistency | ketegaran | insurans | Tiada | Pengekalan polisi sepenuhnya sehingga tamat tempoh polisi tersebut. Ketegaran tinggi bermakna peratusan polisi yang tinggi berkuat kuasa hingga ke akhir jangka masa perlindungan, manakala ketegaran rendah bermakna terdapat peratusan polisi yang tinggi menjadi lupus kerana premium tidak dijelaskan. |
| refrigerant | bahan penyejuk | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bahan kimia yang digunakan dalam pendinginan atau penyejukan buatan. Ciri-ciri penting bahan penyejuk merangkumi sifat tidak mudah terbakar, ketoksikan yang rendah, takat didih rendah serta haba pendam pengewapan yang tinggi. Contoh, ammonia, halogen dan karbon dioksida. |