| triple | ganda tiga; trirangkap;inap tiga | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Inap tiga: Keadaan penginapan dalam bilik yang memuat tiga orang dan mempunyai sama ada satu katil kelamin dan satu katil lipat atau dua katil biasa dan satu katil lipat. |
| alkyne | alkuna | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu, iaitu atom-atom karbonnya mempunyai ikatan ganda tiga, dan mempunyai formula am CnH2n-2. Alkuna wujud semula jadi sebagai juzuk petroleum. Sebatian ini tidak larut di dalam air tetapi larut di dalam pelarut organik. Pada suhu bilik, tiga ahli pertama kumpulan alkuna, iaitu etuna, propuna dan butuna berbentuk gas; pentuna dan heksuna berbentuk cecair; manakala ahli yang lebih tinggi daripada heksuna berbentuk pepejal berlilin. Alkuna lebih reaktif daripada alkana dan alkena. Sebatian ini lazimnya disediakan secara pemecahan alkana atau secara tindakan larutan beralkohol panas kalium hidroksida terhadap dibromoalkana. Alkuna digunakan sebagai bahan api dan bahan pemula dalam penyediaan bahan kimia lain. kumpulan ini juga dikenali sebagai hidrokarbon asetilena. |
| alkene | alkena | Kimia | Tiada | Kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu, iaitu atom-atom karbonnya mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua. Alkena dengan satu ikatan ganda dua mempunyai formula am CnH2n. Alkena tidak larut di dalam air, tetapi larut di dalam pelarut organik. pada suhu bilik, tiga ahli pertama, iaitu etana, propena dan butena berbentuk gas, sebelas ahli yang seterusnya (C5 hingga C15) berbentuk cecair, manakala yang selebihnya pula berbentuk pepejal berlilin. Alkena bertindak balas dengan air bromin untuk menghasilkan bromoalkohol, dan dengan larutan sejuk kalium permanganat berbes untuk menghasilkan diol. Alkena terdapat semula jadi sebagai juzuk petroleum dan lazimnya disediakan secara pemanasan alkohol dengan asid sulfurik pekat pada suhu 180oC. Sebatian ini digunakan sebagai bahan api dan bahan pemula bagi penyediaan bahan kimia lain. Nama umumnya ialah olefin. |
| viscosity, kinematic | kelikatan kinematik | Hidrologi | Tiada | Nisbah kelikatan mutlak dinyatakan dalam poise (gram per sentimeter per saat) terhadap kepadatan dinyatakan dalam gram per sentimeter kuasa tiga pada suhu bilik. (Tatanama ASCE untuk hidraulik). |
| three-step interview | temu bual tiga langkah | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah secara berkumpulan seramai empat orang membuat aktiviti seperti berkongsi pemikiran, menjawab soalan dan mencatatkan maklumat. Murid-murid secara berpasangan memainkan peranan sebagai penemu bual dan orang yang ditemu bual secara bersilih ganti dan kemudiannya murid akan berkongsi pengalaman tersebut dalam sesi temu bual dengan kumpulan yang lain pula. |
| who am I? | siapakah saya? | Pendidikan | Tiada | Kegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah dengan cara melekatkan maklumat mengenai diri (identiti) di belakang baju murid. Murid diberikan peluang untuk bertanya tiga soalan kepada rakan berkaitan identiti mereka. Rakan mereka perlu menjawab “ya”, atau “tidak” untuk mendapatkan jawapan kepada maklumat diri murid dan mereka dikenali sebagai “pakar rujuk” sekiranya jawapan yang betul telah diperoleh. |