| security token | token keselamatan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peranti mudah alih yang digunakan oleh pengguna sah sebagai kekunci alam proses penyahihan pengguna. Peranti ini dibaca atau diimbas oleh peranti pembaca token. Contoh token keselamatan ialah kad capaian dan dongel. |
| analisis leksikal | lexical analysis | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Proses menganalisis dan memecahkan teks kepada unit linguistik yang lebih kecil yang dipanggil token. Token ini boleh berupa perkataan, frasa, simbol atau elemen lain yang bermakna, bergantung pada tahap analisis. Analisis leksikal ialah langkah asas dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) untuk proses yang seterusnya seperti penghuraian, analisis sentimen atau terjemahan mesin. Lihat juga token. |
| authentication token | token pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Peranti atau benda fizikal yang digunakan sebagai alat penyahihan identiti pemegang token tersebut untuk membolehkan capaian diberikan kepada individu tersebut. Contoh token pengesahan adalah seperti kad jalur magnetik, cip RFID, dan kod pintar. |
| token | token | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Unit-unit kecil (merujuk kepada teks) bagi/dalam sesuatu ayat bahasa tabii. Sebagai contoh, token teks bagi ayat "Awak menaiki bas nombor 65 ke sekolah?" terdiri daripada 8 token kata, nombor dan simbol seperti yang berikut: ("Awak", "menaiki", "bas", �nombor�, �65�, "ke", "sekolah", "?"). Lihat juga penokenan. |
| token | token | Matematik | Tiada | Tiada |
| token | token | Teknologi Maklumat | Tiada | Rentetan bit yang digunakan dalam sesetengah rangkaian untuk mengisyaratkan sesuatu stesen dibenarkan mencapai rangkaian tersebut. |
| lexical token | token leksikal | Komputer | Tiada | Tiada |
| busy token | token sibuk | Komputer | Tiada | Tiada |
| carbon token | token karbon | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Alam Sekitar | Mata wang digital yang digunakan mewakili kredit karbon untuk didagangkan di blok rantai. |
| non-fungible token (NFT) | token tidak sepiawai (NFT) | Ekonomi | Industri Kewangan | Aset kriptografi pada rantaian blok yang mempunyai identiti kod dan metadata yang tersendiri. |