| zombie | zombie | Teknologi Maklumat | Tiada | 1.Dalam persekitaran sistem pengendalian UNIX, ia dirujuk sebagai proses atur cara yang telah mati tetapi belum lagi mengembalikan masukan jadual prosesnya ke sistem. 2.Dalam WWW, ia bermaksud tapak web yang terbiar dan lapuk kandungannya dan telah bertukar alamat. Zombie menghasilkan keadaan pautan reput. 3.Satu bentuk serangan nafi khidmat(DoS). Tapak zombie akan menerima mesej berniat jahat yang akan menjanakan banyak permintaan yang akhirnya menyebabkan tapak itu musnah atau menjadikannya lumpuh sehinggakan tidak dapat melayani permintaan lain. |
| zombie glass | gelas serba guna | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Gelas yang bermuatan 12 auns. |
| zombie | zombi | Teknologi Maklumat | Perisian | Komputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Pada bila-bila masa sahaja penggodam boleh menghantar arahan kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang dengan cara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data yang tidak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan melihat serangan tersebut berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DDoS pada komputernya. |
| zombie | zombi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Komputer yang dikawal dari jauh oleh pengguna hasad dan berperanan sebagai pelantar serangan DDoS terhadap sasaran tertentu. Daemon DDoS akan dipasang pada komputer ini tanpa pengetahuan pengguna sebenar dan daemon ini akan menunggu arahan daripada penggodam untuk tindakan seterusnya. Penggodam boleh menghantar arahan pada bila-bila masa kepada komputer ini dari lokasi berasingan untuk melancarkan serangan bagi pihaknya. Komputer zombi biasanya menyerang secara membanjiri komputer sasaran dengan limpahan paket data tak berguna tanpa henti. Komputer sasaran akan menganggap bahawa serangan berpunca daripada komputer zombi dan bukannya daripada komputer penggodam. Serangan tersebut hanya boleh dihentikan apabila pengguna sebenar menemui dan membatalkan daemon DdoS pada komputernya. |
| zombie learner | pelajar zombi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pelajar yang pasif, iaitu kurang berinteraksi, kurang berminat dan tidak cakna dalam sesi pembelajarannya, serta jarang-jarang meneroka alat pembelajaran. |
| zombie | zombi | Perfileman | Tiada | 1. Mayat yang telah dihidupkan semula dengan sihir. 2. Individu yang kelihatan hanya sebahagiannya hidup, tanpa sebarang perasaan atau minat terhadap perkara yang sedang berlaku. |
| zombie bank | bank zombi | Perbankan | Tiada | Institusi kewangan yang tidak lagi mampu beroperasi dengan normal dan berkesan, tetapi masih bertahan kerana bantuan kerajaan atau sokongan kewangan dari sumber lain. |
| pulsing zombie | zombi denyutan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Komputer zombi yang dikawal jauh oleh pengguna hasad. Komputer zombi denyutan berbeza dengan komputer zombi biasa dalam pola serangan DdoS. Zombi denyutan menghantar banjiran paket secara letusan. Contohnya, selama 10 milisaat hingga satu saat dan dalam jangka masa yang tidak menentu. Komputer zombi denyutan lebih sukar dikesan berbanding komputer zombi biasa kerana serangan adalah lambat dan hampir sama dengan tingkah laku penghantaran paket data biasa. |
| virus | virus | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara komputer yang tersorok di dalam atur cara lain dan menyalin dirinya sendiri ke dalam perisian lain apabila atur cara itu digunakan. Pada tahun 2002 syarikat Norton Anti Virus telah mengenal pasti 67,000 virus. Contohnya Pakistani Brain, Zombie, Sherlock, Yankee dan Trojan Horse. |