Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat; berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ji.ran] | جيرن

Definisi : orang yg tinggal berhampiran dgn rumah sendiri; tetangga. berjiran tinggal berhampiran dgn; bertetangga: Saya ~ dgn Cik Kamariah. Negara-negara yg ~ haruslah berbaik-baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jiran (kata nama)
Bersinonim dengan tetangga, orang sebelah rumah;,
Kata Terbitan : berjiran, kejiranan,

Peribahasa

94

Charity begin at home

Urusan keluarga atau orang yang terdekat dengan kita haruslah diutamakan sebelum mengambil berat halo rang lain.

Membasahkan garam sendiri

He should look after his sick children first before flying off to the neighbouring country to help those tsunami victims. Perhaps someone should remind him that charity begin at home.

Dia seharusnya menjaga anak-anaknya yang sakit itu terlebih dahulu sebelum terbang kenegara jiran untuk membantu mangsa tsunami. Mungkin ada orang yang perlu mengingatkannya bahawa janganlah membasahkan garam sendiri .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
jiranneighbourهمسايهhamsāye

Kembali ke atas