Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ré.méh] | ريميه

Definisi : (réméh) tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga: masalah itu tidak boleh dipandang ~; ~-cemek ark remeh-temeh; meremehkan menganggap remeh (tidak penting, kecil, dll), mengabaikan, meng­hinakan: kita tidak mengatakan bahawa kita harus ~ kekuatan musuh; keremehan perihal remeh (kecil, tidak ber­harga, tidak penting, dll): seorang rahib dr Najran berkhutbah-khutbah memperkata­kan ~ hidup dunia serta kebesaran hidup akhirat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ré.méh] | ريميه

Definisi : /réméh/ tidak mustahak; tidak penting; tidak berharga: Perkara ini tidak boleh dipandang ~. meremehkan memandang remeh; menganggap tidak penting. keremehan keadaan remeh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
remeh (adjektif)
Bersinonim dengan remeh-temeh, remeh-cemek, kecil, ringan, leceh, mudah, senang, enteng, gampang;,
Kata Terbitan : meremehkan,

Peribahasa

415

Don't make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Don't make a mountain out of a molehill. You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik. ''Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
tidak penting , remehinsignificantناچيزnāchīz

Kembali ke atas