Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : penyelidikan atau penghuraian sesuatu (spt keadaan, masalah, persoalan, dll) utk mengetahui pelbagai aspeknya (ciri-cirinya dll) secara terperinci atau mendalam: ~ natrium klorida; menggubal sesuatu dasar memerlukan masa yg lama, penelitian dan ~ yg tajam dlm semua segi; ~ kos faedah (Eko) penilaian kos sesuatu perusahaan berbanding dgn faedah atau keuntungan perusahaan tersebut; ~ kualitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk mengenal pasti sesuatu unsur, sebatian, campuran, dll; ~ kuantitatif (Kim) analisis secara ujian kimia atau kaedah fizik utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg dike­tahui terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan; ~ nisbah (Eko) kaedah penilaian prestasi sesebuah organisasi berdasarkan nisbah kewangan dan nisbah kendalian yg diperoleh drpd maklumat kewangan organi­sasi tersebut; ~ penyata kewangan (Eko) penilaian risiko, kredit, atau pelaburan sesebuah organisasi berdasarkan maklumat drpd kunci kira-kira, penyata pendapatan, dll; ~ pulang modal (Eko) penilaian banyak­nya jualan, harga jualan, dan jumlah belanja sesuatu keluaran utk menentukan untung rugi keluaran tersebut; ~ sistem (Komp) penelitian kegiatan, peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tersebut serta menentu­kan cara utk menyelesaikan, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan; ~ volumetri (Kim) analisis kuantitatif gas atau larutan berasaskan ukuran isi padu; menganalisis melakukan analisis ke atas sesuatu (bahan, data, dll): darah harus di­ambil drpd kedua-dua ibu bapa utk diana­lisis; bahkan buku tatabahasa yg ~ aturan bahasa pun masih menggunakannya secara tidak tetap; ~ teks yg digunakan sbg data; penganalisisan perbuatan (proses) meng­analisis: pengumpulan dan ~ maklumat; ~ sebuah cerita yg mudah; penganalisis orang (pihak) yg menganalisis: kaedah ini masih popular digunakan di kalangan para ~ perniagaan di Amerika Syarikat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.na.li.sis] | اناليسيس

Definisi : 1 penghuraian atau pengupasan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya (buruk baiknya dll); kajian. 2 pemisahan bahagian sesuatu sebatian atau bahan dgn kaedah kimia. ~ kualitatif ist analisis utk mengenal pasti sama ada sesuatu unsur atau sebatian dlm keadaan tulen atau campuran, melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ kuantitatif ist analisis utk menentukan kuantiti setiap juzuk yg terdapat di dlm sesuatu sebatian atau larutan melalui ujian kimia atau kaedah fizik. ~ sistem ist penelitian terhadap peraturan, kaedah, teknik atau cara kerja sesuatu sistem utk menentukan masalah dan keperluan sistem tsb serta menentukan cara utk menyelesaikan masalah, memperbaik atau melaksanakan sistem dgn berkesan. menganalisis 1 menghuraikan sesuatu perkara utk mengetahui selok-beloknya dll; mengkaji. 2 menceraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya dgn kaedah kimia. penganalisisan hal atau perbuatan menganalisis. penganalisis orang yg menganalisis sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata analisis


Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Analisis Nahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah Penulis : Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah Tahun terbit : 1997 Halaman : 252 Abstrak : Buku ini merupakan kajian tentang nahu wacana bahasa Melayu yang didasarkan pada pandangan dari sudut linguistik struktural-fungsian. Kajian ini membincangkan bentuk ayat dan distribusinya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana. Tumpuan diberikan kepada analisis tenunan yang didapati antara ayat yang membentuk wacana, berhubung dengan kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang lojik. Antara yang dibincangkan termasuklah permasalahan nahu ayat, tujuan dan ruang lingkup nahu D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=3&hits=2+3a+7f+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Analisis Bahasa dalam Kitab Tib-Pontianak.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Analisis Bahasa dalam Kitab Tib Pontianak Penulis : Ab. Razak Abd. Karim Tahun Terbit : 2006 Halaman : 192 Abstrak : Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek penggunaan bahasa berdasarkan Kitab Tib Pontianak. Kitab diproses tidak boleh dilakukan secara sembarangan kerana akan menimbulkan kesan kepada pesakit. Antara aspek bahasa yang diberikan perhatian, termasuklah kosa kata dan ayat di samping aspek ketenunan dan aspek keindahan. Analisis bahasa yang telah dibuat membuktikan bahawa pemilihan kata dan penggunaan bahasa dalam pantang larang melibatkan bahasa secara khusus dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pengamal perubatan. Laras bahasa dan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Analisis Bahasa dalam Kitab Tib-Pontianak.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=2+6b+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Retorik Kewartawanan Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUmodel yang dirangka oleh pengkaji sendiri. Model itu mengenal pasti tiga aras keberkesanan retorik dalam penulisan kewartawanan, iaitu aras kata, aras ayat, dan aras wacana. Kajian yang diasaskan pada aras analisis yang melengkapi hierarki retorik dan linguistik, iaitu bermula dengan analisis pada aras leksikal dan berkembang dengan analisis pada aras sintaksis, dan akhirnya pada aras wacana menghasilkan dapatan kajian. Analisis sampel sepanjang 43 tahun akhbar yang dikaji itu menunjukkan dunia kewartawanan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Retorik Kewartawanan Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=12&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=4&hits=7f+89+90+9c+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahan Kesusateraan Klasik-Kedah.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUaspek fonologi, morfofonemik dan nahu dialek Kedah dan juga bahasa Melayu amnya. Pendekatan yang diterapkan dalam menganalisis Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah adalah berasaskan tiga kaedah utama iaitu kaedah sistemik, kaedah analisis komponen makna dan kaedah konteks. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat gambaran kesejarahan tentang bahasa yang digunakan dalam karya-karya yang dikaji memandangkan karya itu ditulis pada zaman dahulu dan atau di bawa dari luar dan sebagainya. Kajian ini juga dapat menunjukkan butiran atau sistem khusus Kedah dan yang dikongsi bersama dengan dialek-dialek lain. Bahan yang menjadi data bagi analisis yang disajikan dalam buku ini diambil dari empat karya yang ditranskripsikan dan diterbitkan sebelum tahun 1972 iaitu karya Syair Sultan Maulana, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Terong Pipit dan Selindong Bulan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahan Kesusateraan Klasik-Kedah.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=38+94+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUberupa bahan bertulis rencana pengarang Utusan Zaman bermula dari tahun 1957 hingga 1961. Sebanyak 15 buah rencana pengarang telah dipilih. Dalam kajian ini dikemukakan Model Tautan Pindaan (MTP) sebagai dasar analisis. Dengan menggunakan MTP analisis kajian dikemukakan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Terdapat dua hipotesis yang dibuat berdasarkan kajian tautan ini iaitu kajian membuktikan bahawa sesuatu teks dengan kepanjangan teks yang dikaji perlu mempunyai tautan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=15&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=9b+9f+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Sintaksis Bahasa Melayu-Bersumberkan Karya Sastera.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUmoden. Untuk sastera Melayu klasik, Sulalatus Salatin dipilih menjadi sumber korpus dan sastera Melayu moden pula cerpen-cerpen Keris Mas, dan novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan. Analisis kajian berdasarkan pada rumus-rumus sintaksis bahasa Melayu yang disusun menurut kerangka teori linguistik transformasi-generatif. Pola dan jenis ayat yang tinggi kekerapannya dalam karya-karya sastera dianalisis binaannya, termasuk variasi gaya yang wujud dalam sesuatu binaan ayat itu. Hasil kajian membuktikan analisis sintaksis yang dilakukan terhadap karya sastera Melayu klasik dan karya Melayu moden memperlihatkan kesinambungan bahasa antara dua zaman. Wujudnya kesinambungan itu ialah kerana penerapan rumus-rumus sintaksis yang mewakili dua D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Sintaksis Bahasa Melayu-Bersumberkan Karya Sastera.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=14&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=44+6f+

Kembali ke atas