Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ker.tas] | کرتس

Definisi : 1. sj bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis, dll; 2. sl kad (utk berjudi); ~ akhbar kertas yg kasar dan berkualiti rendah, biasanya digunakan utk mencetak akhbar; ~ bunga sj kertas nipis dlm pelbagai warna yg permukaannya berkedut-kedut, biasanya digunakan utk membuat bunga dsb; ~ bungkus = ~ pembungkus; ~ dinding kertas (bercorak atau bergambar) yg dilekatkan pd dinding (utk menghiasi bilik dll); ~ emas kertas yg berwarna emas dlm kotak pembung­kus rokok dll; ~ embun (kembang, lap, pedap, penetap, sap, tekap) kertas utk mengeringkan tulisan dakwat; ~ empelas (kaca, pasir) kertas berlapis serbuk kaca atau pasir utk menggosok (melicinkan) kayu dll; ~ graf kertas yg bergaris berpetak-petak empat segi (digunakan utk melukis graf atau rajah); ~ jeluang kertas drpd kulit kayu; ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan; ~ kerja makalah bertulis yg mengandungi perbincangan mengenai sesuatu persoalan dan cadangan-cadangan tertentu (dibentangkan utk perbahasan); ~ khabar ark surat khabar; ~ krep kertas bunga; ~ kulit kulit yg ditulisi; ~ lilin sj kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan; ~ litmus kertas yg digunakan utk menguji asid atau alkali; ~ lukis kertas utk dilukis; ~ minyak = ~ telur kertas yg nipis licin (tidak mudah diresap oleh air atau minyak; ~ pembungkus kertas yg diguna­kan utk membungkus barang; ~ pendua kertas utk dihasilkan beberapa banyak salinan sesuatu yg telah ditaip pd stensil; ~ peperiksaan a) kertas yg mengandungi soalan sesuatu mata pelajaran; b) kertas jawaban oleh calon pepe­riksaan dlm mata pelajaran tertentu; ~ positif kertas gambar foto; ~ putih naskhah (dike­luarkan oleh kerajaan) yg mengandungi maklumat (laporan dsb) bkn perkara tertentu (biasanya yg ada hubungannya dgn kepen­tingan orang ramai); ~ rokok kertas utk meng­gulung rokok; ~ saring = ~ turas kertas tapisan (utk menapis barang cair); ~ surih kertas yg nipis, licin, dan hening (digunakan utk menyalin peta dll); ~ taip kertas utk ditaip sesuatu padanya; ~ tisu kertas lembut dan nipis yg digunakan utk mengelap muka dll; ~ tulis kertas surat (kertas kosong utk ditulisi); ~ undi kertas yg disediakan utk seseorang me­ngundi dlm sesuatu pemilihan (pilihan raya dsb); bunga ~ a) bunga yg dibuat drpd kertas (utk perhiasan); b) sj pohon bunga; ibarat dakwat dgn ~, bila boleh renggang terlepas prb sangat sesuai (berkasih-kasihan) antara satu sama lain; mengertas; kertas-~ ark perca (cabikan, sobek-sobekan) kertas, berbagai-bagai kertas (yg tidak ada gunanya lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.tas] | کرتس

Definisi : bunyi spt kertas diramas-ramas (di­renyuk-renyuk), kertus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.tas] | کرتس

Definisi : ; bunga ~ sj pokok bunga (warna bunga­nya merah, kuning, dll), Bougainvillea spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ker.tas] | کرتس

Definisi : benda tipis yg dibuat drpd kayu dll dan digunakan sbg alat tulis dll. ~ bungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang-barang. ~ emas kertas berwarna emas spt yg terdapat di dlm kotak pembungkus rokok. ~ empelas (las) kertas yg dilapisi serbuk kaca, pasir dll utk melicinkan kayu dll. ~ graf kertas yg berpetak-petak empat segi sama yg digunakan utk melukis graf atau rajah. ~ grid kertas yg bergaris-garis atau berpetak-petak empat segi sama utk melukis peta, carta, rajah dll. ~ kaca kertas yg dilapisi serbuk kaca utk melincinkan sesuatu. ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan. ~ kerja makalah yg dibentangkan dlm sesuatu sidang (bengkel, seminar dsb) utk membahaskan sesuatu masalah. ~ lap kertas utk mengeringkan tulisan dakwat. ~ las basah kertas las yg kalis air dan digunakan apabila mengempelas cat, logam dsb. ~ las kering kertas las yg menggunakan glu haiwan utk mengikat butir-butir bahan (pasir, kaca dll) yg dilapiskan pdnya. ~ lilin kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan. ~ litmus kertas yg pdnya terdapat litmus dan digunakan utk menentukan sama ada sesuatu bahan itu asid atau bes. ~ lukis(an) kertas tempat membuat lukisan. ~ pasir kertas yg dilapisi serbuk pasir utk melicinkan sesuatu. ~ rokok kertas tipis utk menggulung rokok. ~ saring (turas) kertas utk menapis benda-benda yg cair. ~ surih kertas yg nipis dan licin utk menyalin peta dll. ~ tisu kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan (muka dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kertas

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Rekonstruksi dan Cabang Bahasa-Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Rekonstruksi dan Cabang-Cabang Bahasa Melayu Penyelenggara : Mohd Thani Ahmad Zaini Mohamed Zain Tahun terbit : 1988 Halaman : 155 Abstrak : Buku ini merupakan himpunan tujuh buah kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Antarabangsa Sejarah Bahasa Melayu. Kumpulan kertas kerja ini merupakan hasil penyelidikan daripada pakar-pakar linguistik sejarah rumpun Austronesia yang banyak terlibat dalam penyelidikan bahasa. Himpunan kertas kerja ini mengandungi maklumat tentang rekonstruksi bahasa Melayu , bahasa-bahasa D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Rekonstruksi dan Cabang Bahasa-Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=11&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=3&hits=1b+26+3a+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Sumatera.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTengah, Bangka Hulu, Ogan, Palembang, Bangka, orang Lom, orang Laut dan Belitung. Data yang diperoleh berdasarkan hasil tulisan yang telah diterbitkan dan yang tidak diterbitkan seperti latihan ilmiah, laporan penyelidikan, kertas-kertas kerja simposium dan sebagainya. Sumber data pula diperoleh dari Indonesia, Malaysia, Jerman, Amerika Syarikat dan Belanda. Penyusunan bibliografi ini bertujuan untuk memupuk perhatian terhadap kepelbagaian dialek Melayu yang terdapat di D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Sumatera.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=93+94+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Simposium Dialek Penyelidikan dan-Pendidikan.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Simposium Dialek Penyelidikan dan Pendidikan Penulis : Farid M. Onn dan Ajid Che Kob Tahun terbit : 1993 Halaman : 316 Abstrak : Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan memuatkan sebelas buah kertas kerja yang membincangkan beberapa aspek dialektologi. Beberapa aspek dialektologi tersebut termasuklah teori dialektologi, gagasan tentang dialek sosial, aspek kesan dan pengaruh dialek pada penguasaan bahasa Melayu baku, penggunaan dialek dalam hasil-hasil kesusasteraan dan penyelidikan geografi dialek yang dilakukan di luar Semenanjung Malaysia. Penulis kertas kerja terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang penyelidikan bahasa seperti James Collins, Nik Safiah, Mashudi Kader dan beberapa orang pakar bahasa yang lain. Sebelas kertas kerja yang termuat dalam D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Simposium Dialek Penyelidikan dan-Pendidikan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=13&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=3&hits=1d+4a+64+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Pensejarahan Bahasa Melayu beberapa Pandangan Awal Penyelenggara : Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamaed Zain Tahun Terbit : 1990 Halaman : 48 Abstrak : Merupakan himpunan kertas kerja tentang pandangan awal pensejarahan bahasa Melayu. Terdapat enam makalah yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil pemikiran ke arah pembinaan konsep projek penyusunan Sejarah Bahasa Melayu. Aspek penting D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=18+

Kembali ke atas