Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.gi] | لاݢي

Definisi : 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lagi (kata tugas)
Bersinonim dengan dan, serta;,
Kata Terbitan : selagi, lagi-lagi, lagikan,

Puisi
 

Lagi ditutuh lagi ditebang,
     Dibuat mari ampaian kain;
Tempat jatuh lagi terkenang,
     Kononkan pula tempat bermain.


Lihat selanjutnya...(260)
Peribahasa

Lagi lauk lagi nasi.

Bermaksud :

Makin kaya, makin banyak sahabatnya.

 

Lihat selanjutnya...(182)

264

There is no place like home.

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, there is no place like home.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(107)

Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Perancangan Bahasa Sejarah Aksara-Jawi.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUKedah, iaitu pada tahun 290H/910M. Pelbagai sumber kajian digunakan untuk menerokai sejarah tulisan Jawi ini termasuklah manuskrip Melayu lama, hasil kajian terdahulu, ukiran-ukiran kayu, batu nisan dan banyak lagi. Tulisan jawi juga telah mengalami evolusi dari segi ejaan dan hurufnya sesuai dengan perkembangan semasa. Tulisan Jawi telah digunakan secara meluas dalam penulisan hikayat, buku undang-undang, pekeliling kerajaan dan pelbagai lagi. Daripada kajian yang dibuat jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi telah mengambil peranan yang penting serta memberi sumbangan yang besar kepada kebudayaan, bahasa, kesusasteraan dan tamadun Melayu. Title: SIRI MONOGRAF SEJARAH D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Perancangan Bahasa Sejarah Aksara-Jawi.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=10&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=60+80+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUmenyentuh persoalan ilmiah dan persoalan praktis yang akan dihadapi dalam pelaksanaan mana-mana penyelidikan. Liputan aspek yang dibicarakan memberi gambaran latar menyeluruh tentang ruang lingkup bahasa Melayu yang masih banyak lagi kajian perlu dilakukan tentang sejarah bahasa Melayu. Title: SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Author: wsikin Creator: Microsoft® Office Word 2007 CreationDate: 2012-04-18 01:27:21 ModDate: 2012-04 D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=78+

Kembali ke atas