Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1. keharusan (yg tidak dapat dielakkan), kemestian: sembahyang dan puasa antara perkara yg menjadi ~ bagi orang Islam; 2. menjadi kemestian (utk mendapat sesuatu dll), harus, terpaksa: tiap-tiap borang permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon; penanam getah ~ menunggu antara lima hingga tujuh tahun utk mendapat hasilnya; tidak ~ tidak mesti, tidak payah, tak usah; 3. harus ada (diperoleh), berguna, mustahak, penting: kerjasama petani-petani adalah ~ utk menjayakan rancangan tersebut; sebelum dibeli sesuatu barang baiklah kita fikirkan sudah ~kah barang itu kpd kita; 4. = ~ akan (dgn) sangat menghendaki (akan), berhajat (akan): utk melaksanakan rancangan ini kita ~ bantuan wang dan sokongan; 5. sesuatu yg dikehendaki (dipentingkan), hajat, kepen­tingan: ada ~ apa saya dikehendaki datang ke pejabatnya?; apa ~nya apa gunanya (sebabnya); 6. = ~ utk untuk, bagi, buat, guna: ia pergi ke sana ~ mengambil pakaiannya; seperlunya sekadar (setakat) yg perlu sahaja, jika perlu sahaja: ia sedia memberi bantuan ~; memerlukan 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; perlu-memerlukan saling memerlukan: mereka hidup dlm masyarakat yg ~ antara seorang dgn yg lain; keperluan 1. perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukan, keharusan, kemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat, kehendak, maksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.lu] | ڤرلو

Definisi : 1 tidak boleh tidak; mesti; wajib: Sembahyang lima waktu sehari semalam itu ~ bagi tiap-tiap orang Islam. Tiap-tiap permohonan ~ ditandatangani oleh pemohon. 2 mesti ada; berguna; mustahak; penting: Mana-mana barang yg tidak ~ tak usahlah dibawa. 3 sesuatu yg dikehendaki; hajat; guna: Apa ~nya saya pergi bersama? memerlukan 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. keperluan apa-apa yg diperlukan; apa-apa yg berguna atau yg penting: Jika ada ~ apa-apa, mintalah drpd kakakmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,

Peribahasa

Membesarkan kerak nasi.

Bermaksud :

Menambah-nambah yang tidak perlu; membuat pekerjaan yang membazir.

 

Lihat selanjutnya...(22)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(32)

Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUMelayu. Terdapat enam makalah yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil pemikiran ke arah pembinaan konsep projek penyusunan Sejarah Bahasa Melayu. Aspek penting yang dibincangkan ialah tumpuan utama yang perlu diberi perhatian apabila mengkaji susur galur sejarah bahasa Melayu. Persoalan yang diutarakan berkait dengan ruang lingkup, kaedah, cara kerja dan pendekatan yang digunakan. Pandangan dan saranan yang dikemukakan menyentuh persoalan ilmiah dan persoalan praktis yang akan dihadapi dalam pelaksanaan mana-mana penyelidikan. Liputan aspek yang dibicarakan memberi gambaran latar menyeluruh tentang ruang lingkup bahasa Melayu yang masih banyak lagi kajian perlu dilakukan tentang sejarah bahasa Melayu. Title: SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Author: wsikin Creator: Microsoft® Office Word 2007 CreationDate: 2012-04-18 01:27:21 ModDate: 2012-04-18 01 D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=3d+7a+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUdihuraikan bentuk nahuan ayat yang digunakan dalam wacana, analisis tentang bagaimana sudut pandangan pembicara mempengaruhi pemilihan judul dalam ayat kompleks setara, dan akhirnya kesimpulan kajian yang menekankan bentuk nahuan ayat perlu dikaji berdasarkan susunan maklumat dan susunan ayat yang lojik, yang didapati dalam konteks wacana. Title: SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Author: wsikin Creator: Microsoft® Office Word 2007 CreationDate: 2012-04 D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=95+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUmenggunakan MTP analisis kajian dikemukakan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif. Terdapat dua hipotesis yang dibuat berdasarkan kajian tautan ini iaitu kajian membuktikan bahawa sesuatu teks dengan kepanjangan teks yang dikaji perlu mempunyai tautan perulangan, kolokasi dan penghubung ayat sebagai pembentuk teks. Hipotesis yang kedua pula menunjukkan bahawa MTP lebih berupaya untuk menangani data teks daripada Model Tautan Halliday dan Ruqaiya Hasan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=15&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=bb+

Kembali ke atas