Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark tempat duduk di atas belakang gajah: Raja Melaka pun naik ke atas gajah yg berangka emas; ® rengga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tulang-tulang yg menentukan bentuk tubuh manusia atau binatang; kerangka. 2 tulang-tulang atau kerangka pd rumah (yg menunjukkan bentuknya). 3 garis-garis kasar bagi sesuatu perkara; rancangan: Sebelum mengarang, sediakanlah ~nya dahulu. berangka mempunyai rangka; ada bentuknya (bangunnya). merangkakan membuat atau mengatur rangka utk sesuatu: Mereka berusaha ~ satu projek yg menguntungkan semua pihak. merangka-rangkakan mengatur-atur; mereka-reka: Ia ~ bahan yg akan diucapkan esok. perangka orang atau pihak yg merangkakan sesuatu: Para ~ program itu sedang bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rangka (kata nama)
1. Bersinonim dengan kerangka: tulang-tulangan, tengkorak, bengkarak, ragangan, rongkong, bingkai,

2. Bersinonim dengan rancangan: rencana, buram, bagan, draf, rang,

Kata Terbitan : berangka, merangka, merangka-rangka, perangkaan,


Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU252 Abstrak : Buku ini merupakan kajian tentang nahu wacana bahasa Melayu yang didasarkan pada pandangan dari sudut linguistik struktural-fungsian. Kajian ini membincangkan bentuk ayat dan distribusinya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana. Tumpuan diberikan kepada analisis tenunan yang didapati antara ayat yang membentuk wacana, berhubung dengan kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang lojik. Antara yang dibincangkan termasuklah permasalahan nahu D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=34+

Kembali ke atas