Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ser.ta] | سرتا

Definisi : 1. turut, bersama, ikut, mengikut: Australia telah menyatakan hasratnya utk ~ dlm persidangan itu; jikalau datang kpd had nyawa sekalipun yg pekerjaan tuan hamba ~lah hamba; apabila Tuan Raffles datang memukul tanah Jawa, maka ia hendaklah ~ bersama-sama dr darat; 2. = berserta bersama-sama (dgn): maka dipilihnya empat puluh anak peria yg baik-baik, dibawanya ~; 3. dan juga, juga: Encik Ramli dan Encik Ghani, ~ ketua pejabat di kementerian itu tidak datang bekerja; 4. sebaik sahaja, demi, apabila: maka baginda diam pd suatu tempat, ~ hari malam maka datanglah biawak terlalu banyak; 5. sambil, seraya: “Benar pula itu,” kata Datok Raja di Langit, ~ memandang kpd Sutan Baginda; 6. baharu sahaja, sesudah: ~ didengar Ramli ratap sedemikian, sekonyong-konyong ia pun berpaling kpd ibunya; serta-serta = serta-menyertai; berserta bersama-sama (dgn), mengikut, menurut: orang kaya-kaya yg ~ menghantar baginda itu semuanya menjunjung duli; jika engkau mati dgn pekerjaan tuanmu, aku pun mati ~lah dgn kamu; menyertai 1. mengiringi, mendampingi, mengikuti: setiap pelajaran yg saya berikan itu, disertai dgn latihan; bantahan mereka kali ini disertai dgn ugutan yang lebih hebat; 2. bersama-sama dgn, menemani, mengawani (utk menolong dll): Tuhan ~ orang yang sabar; 3. mengikut serta, turut bersama: tidakkah ibu bapa mereka melarang mereka ~ tarian itu? serta-menyertai turut serta (dlm hal orang dll), ikut mencampuri; menyertakan, mempersertakan 1. mem-biarkan menyertai, memperikutkan; 2. me-ngembarkan bersama (surat dll), mengirimkan bersama (dgn); pesertaan perihal berserta; penyertaan perbuatan menyertai (menyerta-kan): ~ negara-negara anggota dlm ran-cangan-rancangan PBB; peserta orang yang mengikut serta (dlm sesuatu perkara spt pertandingan, pergerakan, dll), pengambil bahagian: seminar antarabangsa ini dihadiri oleh ~-~ dr Asia Tenggara, Australia dan New Zealand; penyerta; kata ~ Id kata yg menyatakan ketentuan atau ketidaktentuan sesuatu kata nama (spt “the”, “a” dan“an” dlm bahasa Inggeris, atau “der”, “die” dan “das” dlm bahasa Jerman), kata sandang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ser.ta] | سرتا

Definisi : ingin ~ pertandingan tenis itu. 2 meng­ikut bersama sbg teman atau sbg pembantu; mengiringi; menemani: Beberapa orang pegawai telah ~nya ke persidangan itu. menyertakan 1 membiarkan menyertai: Encik Ali ~ anak sulungnya dlm rombongan itu. 2 mengirim bersama (bkn surat dll). penyertaan perbuatan atau hal menyertai: UDA berusaha mempercepat ~ kaum bumiputera dlm bidang perdagangan dan perindustri­an. peserta orang yg ikut serta dlm se­­suatu pertandingan dll; orang yg me­ngambil bahagian: Para ~ dr Thailand telah tiba petang semalam. penyerta; kata ~ kata (spt si, sang) yg terletak di depan kata-kata tertentu yg digunakan sbg nama timangan, utk mengejek, utk menghormati dll; kata sandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ser.ta] | سرتا

Definisi : 1 ikut atau turut bersama: Hari itu saya tidak pergi ~ kerana saya sakit gigi. 2 = berserta 1 bersama dgn; dgn: Perdana Menteri ~ tiga orang pegawai kanan kerajaan telah berlepas ke Bangkok semalam. 3 dan juga; dan: Beliau memang baik hati ~ jujur. ~-merta pd ketika itu juga; tidak bertangguh-tangguh lagi; segera. berserta 1 bersama dgn; dgn: Sila tuan hantar borang ini kembali ~ wang langganan majalah tsb. 2 turut melakukan sesuatu: Saya ~ mereka mengusahakan tanah itu. menyertai 1 mengikut serta; turut bersama: Saya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serta (kata tugas)
1. Bersinonim dengan turut: ikut, bersama, bersama-sama, bersekali, turut-serta, turut bersama, bersaing,

2. Bersinonim dengan dan: juga, dan juga,

3. Bersinonim dengan sebaik sahaja: apabila, apakala, bilamana, tatkala, manakala, semasa, sewaktu,

4. Bersinonim dengan sambil: seraya, sementara, belan-belan, baru sahaja, sesudah, setelah, selepas,

Kata Terbitan : berserta, menyertai, menyertakan, penyertaan, peserta, serta-merta,

Puisi
 

Banyak pinang serta sayur,
     Bunga pekan dalam cerana;
Hati perut bagai dilayur,
     Dengar pesan abang di sana.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Tertumpang di biduk tiris.

Bermaksud :

Ikut serta dalam usaha yang merugikan atau ikut jalan yang sesat.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Sumatera.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUmembuat rujukan atau mencari tulisan yang menyentuh dialek-dialek di Pulau Sumatera. Di dalam bibliografi ini terdapat daftar kata, esei linguistik, tulisan tentang adat istiadat, pertukangan tradisi, flora dan fauna, serta karya sastera yang diwarnai dialek Melayu. Kajian mendapati terdapat 27 dialek yang dituturkan di Pulau Sumatera antaranya adalah seperti Aceh, Medan, Batak, Sibolga, Rawa, Rokan, Siak, Lubu, Minangkabau, Kampar, Inderagiri D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Sumatera.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=4c+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Alam dan Penyebaran Bahasa-Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUkewujudan bahasanya. Penggunaan bahasa oleh ahli-ahli masyarakat disalurkan melalui percakapan, yakni bahasa lisan, dan juga melalui tulisan. Melalui kajian ini tumpuan diberikan kepada peranan penuturnya dari segi gerak fizikal serta sistem dan sosial yang mereka anggotai. Kajian ini menggabungkan cabang geolinguistik dan linguistik bandingan sejarawi yang dilihat dari aspek semasa (sinkronik) dan merentas masa (diakronik). Kajian ini juga menggunakan konsep D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Alam dan Penyebaran Bahasa-Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=66+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Epigrafi Melayu Sejarah Sistem-Tulisan.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUBatak, Kerinci, lembak, Pasemah, Serawai, Makassar-Bugis dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan sastera dan persuratan Melayu. Melalui kajian ini kita dapat melihat dengan jelas kedudukan dan taraf bahasa Melayu serta perubahan tahap pensisteman sebelum mahupun selepas kuasa Barat bertapak di Kepulauan Melayu. Hasil kajian ini memberikan garis panduan kepada pengkaji sejarah Bahasa Melayu dan pengkaji kesusasteraan dan persuratan amnya yang D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Epigrafi Melayu Sejarah Sistem-Tulisan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=81+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Perancangan Bahasa Sejarah Aksara-Jawi.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUJawi telah digunakan secara meluas dalam penulisan hikayat, buku undang-undang, pekeliling kerajaan dan pelbagai lagi. Daripada kajian yang dibuat jelas membuktikan bahawa tulisan Jawi telah mengambil peranan yang penting serta memberi sumbangan yang besar kepada kebudayaan, bahasa, kesusasteraan dan tamadun Melayu. Title: SIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYU Author: wsikin Creator: Microsoft® Office Word 2007 CreationDate: 2012-04-18 01:25 D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Perancangan Bahasa Sejarah Aksara-Jawi.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=10&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=8f+

Kembali ke atas