Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hun] | تاهون

Definisi : 1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu? 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahir­kan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasa­nya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan; ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiada­an kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersamaan dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira meng­ikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari; setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll); setahun-tahunan sepanjang tahun; bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah men­jauh­kan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (meng-hidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsi­nya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hun] | تاهون

Definisi : Mn; bertahun bertanam padi, bersawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hun] | تاهون

Definisi : 1 masa yg lamanya dua belas bulan: Umurnya belum dua belas ~. 2 angka yg menyatakan tarikh: Saya dilahirkan dlm ~ 1970. ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti dsb: Program lepasan ijazah itu mengambil masa dua ~ akademik. ~ baru a. tahun yg baru. b. hari pertama dlm satu-satu tahun. ~ cahaya jarak atau jauh yg dijalani (dilalui) oleh cahaya dlm satu tahun. ~ depan tahun yg akan datang. ~ fiskal jangka masa 12 bulan yg digunakan oleh dunia perniagaan atau pemerintah utk tujuan belanjawan (pengiraan cukai, urusan pembayaran dsb). ~ Gajah tahun berlakunya pe­r­­istiwa serangan tentera bergajah ter­hadap Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. ~ Hijrah tahun yg dikira dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. ~ kalendar tempoh masa satu tahun, dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama. ~ lompat tahun yg terdiri drpd 366 hari (terdapat sekali pd tiap-tiap 4 tahun). ~ Masihi tahun yg dikira dr tarikh lahir Nabi Isa a.s.. bertahun-tahun beberapa tahun lama­­nya: Sudah ~ dia pergi merantau di negeri orang. me­nahun 1 tinggal atau menetap hingga setahun atau beberapa tahun. 2 lama menderita (penyakit). 3 lama benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahun

Puisi
 

Pagi hari mandi di perigi,
     Mandi di sana banyak juga;
Kalau tidak dapat tahun ini,
     Tahun depan kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Ibarat negeri berubah rasam;
     ibarat tahun berubah musim.

Bermaksud :

Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)

423

News lords, new laws

Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan.

Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih)

''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss.

''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(65)

Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Penulis : Sanat M. Nasir Tahun terbit : 2002 Halaman : 553 Abstrak : Buku ini menghuraikan hal-hal yang berkaitan dengan tautan wacana bahasa Melayu, berasaskan Lidah Pengarang akhbar Utusan Zaman dari tahun 1957-1961. Tumpuan kajian ini berasaskan kepada salah satu aspek komponen tekstual iaitu tautan dalam wacana bahasa Melayu. Komponen tekstual yang lain, iaitu penonjolan seperti struktur tema dan struktur maklumat D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=15&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=4&hits=b+24+71+86+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Sintaksis Bahasa Melayu-Bersumberkan Karya Sastera.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Sintaksis Bahasa Melayu Bersumberkan Karya Sastera Penulis : Awang Sariyan Tahun Terbit : 2009 Halaman : 364 Abstrak : Kajian ini berkaitan dengan aspek sistem tatabahasa iaitu kajian sintaksis bahasa Melayu berdasarkan karya sastera Melayu klasik dan karya sastera Melayu moden. Untuk sastera Melayu D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Sintaksis Bahasa Melayu-Bersumberkan Karya Sastera.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=14&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=b+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Simposium Dialek Penyelidikan dan-Pendidikan.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Simposium Dialek Penyelidikan dan Pendidikan Penulis : Farid M. Onn dan Ajid Che Kob Tahun terbit : 1993 Halaman : 316 Abstrak : Simposium Dialek: Penyelidikan dan Pendidikan memuatkan sebelas buah kertas kerja yang membincangkan beberapa aspek dialektologi. Beberapa aspek dialektologi tersebut termasuklah teori dialektologi, gagasan tentang dialek D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Simposium Dialek Penyelidikan dan-Pendidikan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=13&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=f+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Retorik Kewartawanan Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian Penulis : NorAzuwan Yaakob Tahun terbit : 2008 Halaman : 486 Abstrak : Kajian ini dari segi makronya bertujuan mengkaji bidang komunikasi yang berteraskan pendekatan linguistik dan dari segi mikronya merupakan kajian dalam bidang retorik. Bidang kewartawanan dipilih retorik penulisan kewartawanan sebagai media komunikasi massa dalam bahasa Melayu di Malaysia. Akhbar yang dipilih sebagai sumber data kajian ialah Berita Harian, sejak mula diterbitkan pada bulan Julai 1957 hingga tahun 1999. Kajian retorik penulisan kewartawanan Melayu dilaksanakan dengan berasaskan model yang diubah suai daripada Model Bell (1991) dan model yang dirangka oleh pengkaji sendiri. Model itu mengenal pasti tiga aras D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Retorik Kewartawanan Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=12&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=3&hits=b+4e+a0+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Rekonstruksi dan Cabang Bahasa-Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Rekonstruksi dan Cabang-Cabang Bahasa Melayu Penyelenggara : Mohd Thani Ahmad Zaini Mohamed Zain Tahun terbit : 1988 Halaman : 155 Abstrak : Buku ini merupakan himpunan tujuh buah kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Antarabangsa Sejarah Bahasa Melayu. Kumpulan kertas kerja ini merupakan hasil penyelidikan daripada pakar D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Rekonstruksi dan Cabang Bahasa-Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=11&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=f+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Perancangan Bahasa Sejarah Aksara-Jawi.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi Penulis : Amat Juhari Moain Tahun terbit : 1996 Halaman : 179 Abstrak : Kajian ini telah menelusuri sejarah mula penggunaan tulisan, khususnya tulisan Jawi di rantau Asia Tenggara. Bidang kajian ini ditumpukan kepada sejarah Jawi yang berasal daripada tulisan Arab yang mula-mula ditemui di alam Melayu, iaitu yang terdapat pada batu nisan Syeikh Abdul Kadir Ibn Husin Syah Alam di Langgar, Kedah, iaitu pada tahun 290H/910M. Pelbagai sumber kajian digunakan untuk menerokai sejarah tulisan Jawi ini termasuklah manuskrip Melayu lama, hasil kajian terdahulu, ukiran-ukiran kayu, batu nisan dan banyak lagi. Tulisan jawi juga D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Perancangan Bahasa Sejarah Aksara-Jawi.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=10&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=b+45+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Pensejarahan Bahasa Melayu beberapa Pandangan Awal Penyelenggara : Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamaed Zain Tahun Terbit : 1990 Halaman : 48 Abstrak : Merupakan himpunan kertas kerja tentang pandangan awal pensejarahan bahasa Melayu. Terdapat enam makalah yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil pemikiran ke arah pembinaan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=10+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Epigrafi Melayu Sejarah Sistem-Tulisan.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu Penulis : Hashim Musa Tahun terbit : 2003 Halaman : 470 Abstrak : Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu merupakan hasil kajian Projek Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu yang mula digerakkan pada tahun 1988. Buku ini memberikan gambaran dan sejarah tentang pelbagai sistem tulisan iaitu, Pallava, Kawi, Jawi dan Rumi yang digunakan oleh bahasa Melayu dari dulu hingga kini. Dapatan kajian diperoleh daripada D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Epigrafi Melayu Sejarah Sistem-Tulisan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=2&hits=d+29+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Dialek Melayu Sarawak.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Dialek Melayu Sarawak Penulis : James T. Collins Tahun terbit : 1987 Halaman : 100 Abstrak : Buku ini memaparkan kajian tentang sejarah bahasa Melayu di Sarawak. Kajian yang dilakukan meliputi kampung-kampung Melayu yang terdapat di Bahagian Pertama di sepanjang lembangan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Dialek Melayu Sarawak.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=9+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Sumatera.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Sumatera Penulis : James T. Collins Tahun Terbit : 1995 Halaman : 201 Abstrak : Bibliografi ini membincangkan tulisan tentang dialek-dialek Melayu yang dituturkan di sekitar Pulau Sumatera. Setiap tulisan diberikan anotasi yang ringkas, tetapi jelas dan padat. Ini D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Sumatera.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=c+
12

Kembali ke atas