Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variasi


Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Sintaksis Bahasa Melayu-Bersumberkan Karya Sastera.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUkajian berdasarkan pada rumus-rumus sintaksis bahasa Melayu yang disusun menurut kerangka teori linguistik transformasi-generatif. Pola dan jenis ayat yang tinggi kekerapannya dalam karya-karya sastera dianalisis binaannya, termasuk variasi gaya yang wujud dalam sesuatu binaan ayat itu. Hasil kajian membuktikan analisis sintaksis yang dilakukan terhadap karya sastera Melayu klasik dan karya Melayu moden memperlihatkan kesinambungan bahasa antara dua zaman D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Sintaksis Bahasa Melayu-Bersumberkan Karya Sastera.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=14&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=63+

Kembali ke atas