Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa kata keterangan berikutnya dipentingkan atau menunjukkan kelainan: rumah ~ besar itu; orang ~ sakit itu; 2. (Lin) kata penghubung utk menyatakan bahawa katakata (ayat) berikutnya ialah penjelasan utk kata-kata sebelumnya: banyak orang ~ ingin bersalam dengannya; 3. kata yg digunakan sbg kata penyerta, kata yg menentukan kata benda, kata sandang: ~ penting bagi kita ialah mengenai dasar; ~ kaya sama kaya; 4. sl adapun akan: ~ hutang tuan hamba sekati emas itu halallah dunia akhirat; 5. bp kata peng-hubung utk menyatakan isi atau huraiankata (ayat) sebelumnya, bahawa: mengertilah cikgu itu ~ pandangan itu bermaksud meminta nasihat; Y~ Amat Arif rujukan kehormat utk Ketua Hakim Negara (dlm situasi formal, spt di mahkamah dsb); Y~ Amat Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tun dan Toh Puan; Y~ Amat Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar; Y~ Amat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Undang (luak di Negeri Sembilan); Y~ Arif rujukan kehormat yg digunakan utk Hakim (pd situasi yg formal spt di mahkamah dsb); Y~ Berbahagia rujukan kehormat yg digunakan utk mereka yg bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk dan Datin (yg bukan wakil rakyat); Y~ Berhormat rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri; Y~ Berhormat Mulia rujukan kehormat yg digunakan utk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri yg berketurunan raja; Y~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu persatuan (perkumpulan dll); Y~ Dipertua Negeri gelaran utk ketua negeri bagi Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak; Y~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah, sultan, tuanku; Y~ di-Pertuan Agong gelaran utk Ketua Negara Malaysia; Y~ Maha Kuasa Tuhan, Allah; Y~ Maha Mulia rujukan kehormat utk sultan atau raja yg memerintah; Y~ Mulia rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu; Y~ Teramat Mulia rujukan kehormat utk keluarga diraja yg terdekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = yang-yang dewa; beryang-yang membaca mantera memanggil dewa-dewa, memuja dewa-dewa: maka tuan puteri pun mengambil gaharu cendana janggi dibakarnya sambil ~; Tuanku Malim Deman pun berangkatlah bersiram di dlm taman itu ~ mengamalkan sekalian ilmu hikmat; kayangan tempat kediaman segala dewa, keinderaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kata utk mengasingkan sesuatu supaya jelas kelainannya: Telur ~ kecil di atas meja itu telur burung. 2 kata utk menentukan sesuatu sbg benda: ~ tinggi itu bangunan Parlimen. 3 kata yg menghubungkan benda dgn penerangnya: Rumah ~ baru dibelinya itu rumah batu. ~ Dipertua orang yg dilantik menjadi ketua sesuatu perkumpulan (persatuan dll). ~ Dipertuan gelaran utk raja yg memerintah. ~ Maha Kuasa Tuhan; Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : , = yang-yang dewa. beryang-yang memuja dewa-dewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata yang

Puisi
 

Tanam ubi digali ubi,
     Gali ubi di tepi telaga;
Sudah banyak saya berbudi,
     Budi yang mana yang tuan suka?


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Gajah memamah aris,
     baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu.

Bermaksud :

Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan. aris = getah kayu yang sudah beku.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

361

Manners make the man

Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang.

Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi

Remember that manners make the man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year.

Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(495)

Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Sumatera.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Bibliografi Dialek Melayu di Pulau Sumatera Penulis : James T. Collins Tahun Terbit : 1995 Halaman : 201 Abstrak : Bibliografi ini membincangkan tulisan tentang dialek-dialek Melayu yang dituturkan di sekitar Pulau Sumatera. Setiap tulisan diberikan anotasi yang ringkas, tetapi jelas dan padat. Ini memudahkan para penyelidik membuat rujukan atau mencari tulisan yang menyentuh dialek-dialek di Pulau Sumatera. Di dalam bibliografi ini terdapat daftar kata, esei linguistik D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Sumatera.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=6&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=10&hits=1a+24+33+4f+58+82+87+8b+b0+be+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUNahu Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah Penulis : Sato Hirobumi @ Rahmat Abdullah Tahun terbit : 1997 Halaman : 252 Abstrak : Buku ini merupakan kajian tentang nahu wacana bahasa Melayu yang didasarkan pada pandangan dari sudut linguistik struktural-fungsian. Kajian ini membincangkan bentuk ayat dan distribusinya dalam wacana berdasarkan rangka nahu wacana. Tumpuan diberikan kepada analisis tenunan yang didapati antara ayat yang membentuk wacana, berhubung dengan kombinasi susunan maklumat dan susunan ayat yang lojik. Antara yang dibincangkan termasuklah permasalahan nahu ayat, tujuan dan ruang lingkup nahu wacana, dan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahasa Melayu Klasik.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=4&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=11&hits=21+3c+40+4b+4e+5d+68+7b+90+9d+9f+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Analisis Bahasa dalam Kitab Tib-Pontianak.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTib Pontianak Penulis : Ab. Razak Abd. Karim Tahun Terbit : 2006 Halaman : 192 Abstrak : Kajian ini memberi tumpuan kepada aspek-aspek penggunaan bahasa berdasarkan Kitab Tib Pontianak. Kitab ini merupakan kitab yang terkenal di Kalimantan sebagai sebuah kitab perubatan yang penting dalam masyarakat Melayu sebelum kemunculan perubatan moden. Dalam proses penyediaan bahan-bahan dan kaedah rawatan, aspek pemilihan kata khusus dibincangkan. Pemilihan kata yang khusus inilah yang diketengahkan kerana sesuatu D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Analisis Bahasa dalam Kitab Tib-Pontianak.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=2&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=10&hits=24+2c+44+47+4c+5c+6d+81+94+9a+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Melayu di-Indonesia Timur.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Bibliografi Dialek Melayu di Indonesia Timur Penulis : James T. Collins Tahun Terbit : 1996 Halaman : 103 Abstrak : Bibliografi Dialek Melayu di Indonesia Timur ini membincangkan tulisan tentang dialek Melayu yang dituturkan di sekitar Indonesia Timur. Setiap tulisan diberikan anotasi yang ringkas, tetapi jelas dan padat. Ini memudahkan para penyelidik membuat rujukan atau mencari tulisan yang menyentuh dialek-dialek di Indonesia Timur. Kajian menunjukkan terdapat lapan dialek yang utama iaitu dialek D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bibliografi Dialek Melayu di-Indonesia Timur.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=5&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=7&hits=1e+28+37+43+88+8e+92+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahan Kesusateraan Klasik-Kedah.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUOmar Tahun terbit : 1995 Halaman : 273 Abstrak : Buku Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah memberikan gambaran tentang pertumbuhan beberapa aspek fonologi, morfofonemik dan nahu dialek Kedah dan juga bahasa Melayu amnya. Pendekatan yang diterapkan dalam menganalisis Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah adalah berasaskan tiga kaedah utama iaitu kaedah sistemik, kaedah analisis komponen makna dan kaedah konteks. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat gambaran kesejarahan tentang bahasa yang digunakan dalam karya-karya yang dikaji memandangkan karya itu ditulis pada zaman dahulu dan dapat dilihat pertumbuhan bahasa melalui perubahan zaman. Dapatan kajian ini memberikan penjelasan tentang penggunaan butiran-butiran D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Bahan Kesusateraan Klasik-Kedah.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=3&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=11&hits=27+48+4d+69+88+90+95+9e+ba+ce+f1+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Penulis : Sanat M. Nasir Tahun terbit : 2002 Halaman : 553 Abstrak : Buku ini menghuraikan hal-hal yang berkaitan dengan tautan wacana bahasa Melayu, berasaskan Lidah Pengarang akhbar Utusan Zaman dari tahun 1957-1961. Tumpuan kajian ini berasaskan kepada salah satu aspek komponen tekstual iaitu tautan dalam wacana bahasa Melayu. Komponen tekstual yang lain, iaitu penonjolan seperti struktur tema dan struktur maklumat tidak akan disentuh. Dalam kajian ini, tautan dilihat sebagai salah satu komponen pembentuk wacana dalam sistem linguistik yang menghubungkan unit teks D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Tautan dalam wacana Bahasa Melayu-Akhbar.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=15&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=9&hits=16+39+54+5f+75+78+aa+b9+c7+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUbeberapa Pandangan Awal Penyelenggara : Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamaed Zain Tahun Terbit : 1990 Halaman : 48 Abstrak : Merupakan himpunan kertas kerja tentang pandangan awal pensejarahan bahasa Melayu. Terdapat enam makalah yang terkandung di dalam buku ini merupakan hasil pemikiran ke arah pembinaan konsep projek penyusunan Sejarah Bahasa Melayu. Aspek penting yang dibincangkan ialah tumpuan utama yang perlu diberi perhatian apabila mengkaji susur galur sejarah bahasa Melayu. Persoalan yang diutarakan berkait dengan ruang lingkup, kaedah, cara kerja dan pendekatan yang digunakan. Pandangan D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Pensejarahan Bahasa Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=9&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=9&hits=23+37+3c+48+53+58+60+6a+75+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Retorik Kewartawanan Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian Penulis : NorAzuwan Yaakob Tahun terbit : 2008 Halaman : 486 Abstrak : Kajian ini dari segi makronya bertujuan mengkaji bidang komunikasi yang berteraskan pendekatan linguistik dan dari segi mikronya merupakan kajian dalam bidang retorik. Bidang kewartawanan dipilih sebagai fokus kajian untuk memerikan perkembangan retorik penulisan kewartawanan sebagai media komunikasi massa dalam bahasa Melayu di Malaysia. Akhbar yang dipilih sebagai sumber data kajian ialah Berita Harian, sejak mula diterbitkan pada bulan Julai 1957 hingga tahun 1999. Kajian retorik penulisan kewartawanan Melayu dilaksanakan dengan berasaskan model yang diubah suai D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Retorik Kewartawanan Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=12&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=8&hits=1a+3d+59+62+7b+80+a2+ac+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Alam dan Penyebaran Bahasa-Melayu.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUPenyebaran Bahasa Melayu Penulis : Asmah Haji Omar Tahun Terbit : 2005 Halaman : 89 Abstrak : Buku ini memaparkan tentang penyebaran bahasa Melayu di dalam dan di luar alam Melayu, melalui pendekatan bersepadu yang melihat penyebaran bahasa dalam konteks ruang dan masa. Bahasa tidak wujud sendiri, tetapi memerlukan orang mewujudkannya. Orang atau pengguna bahasa juga tidak hidup secara terpisah. Mereka memerlukan satu sama lain oleh ahli-ahli masyarakat disalurkan melalui percakapan, yakni bahasa lisan, dan juga melalui tulisan. Melalui kajian ini tumpuan diberikan kepada peranan penuturnya dari segi gerak fizikal serta sistem dan sosial yang mereka anggotai. Kajian ini menggabungkan cabang geolinguistik dan linguistik bandingan sejarawi yang dilihat dari aspek semasa (sinkronik) dan merentas masa (diakronik). Kajian ini juga menggunakan konsep tadahan penyebaran bahasa sebagai D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Alam dan Penyebaran Bahasa-Melayu.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=1&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=7&hits=22+6a+76+8b+92+a2+b1+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Dialek Melayu Sarawak.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Dialek Melayu Sarawak Penulis : James T. Collins Tahun terbit : 1987 Halaman : 100 Abstrak : Buku ini memaparkan kajian tentang sejarah bahasa Melayu di Sarawak. Kajian yang dilakukan meliputi kampung-kampung Melayu yang terdapat di Bahagian Pertama di sepanjang lembangan Sungai Sarawak. Sejak dahulu diketahui bahawa di sepanjang pantai utara pulau Borneo terdapat sekurang-kurangnya dua dialek Melayu iaitu Dialek Sarawak dan dialek D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Dialek Melayu Sarawak.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=7&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=4&hits=1a+20+67+84+
12

Kembali ke atas