Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.la.wan] | برلاون

Definisi : 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-­undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.la.wan] | برلاون

Definisi : 1 ada tandingannya atau lawannya. 2 bertanding (dlm permainan dll); beradu: Pasukan bola sepak Malaysia akan ~ dgn pasukan Jepun malam ini. 3 bertentangan dgn hukum (adat dll); bersalahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jodoh: pasangan, gandingan,

2. Bersinonim dengan imbangan: tandingan, bandingan, saingan,

3. Bersinonim dengan musuh: seteru, pesaing.,

Kata Terbitan : berlawan, berlawanan, melawan, melawani, memperlawankan, perlawanan, pelawan,

Peribahasa

Hendak sombong berbini banyak,
     hendak megah berlawan lebih.

Bermaksud :

Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
clashing colourswarna berlawanwarna berlawanwarna berlawanKomunikasi Massa
counterlightingpencahayaan berlawanancahaya berlawancahaya berlawanKomunikasi Massa
adversative clauseklausa adversatifklausa bertentanganklausa berlawanLinguistik
adversative conjunctionkonjungtor adversatifkata penghubung bertentangan(kata) penghubung berlawanLinguistik
countercurrent leachingpengurasan berlawan arahpengurasan lawan aruspengurasan lawan arusKejuruteraan

Kembali ke atas