[mo.bi.li.ti] | موبيليتي
Definisi : perihal mudah bergerak atau digerakkan, perihal mudah berpindah tempat tinggal (bertukar pekerjaan dsb); ~ industri kebolehan pekerja berpindah dr satu industri ke satu industri yg lain; ~ men-datar pergerakan individu atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat ke kedudukan (jawatan dsb) yg berlainan drpd yg diduduki sebelumnya tetapi tidak berubah dr segi status, kekuasaan, kelas dsb; ~ menegak perubahan kedudukan individu atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat dr segi kelas, kekuasaan, status dsb; ~ pekerja (Eko) kebolehan para pekerja bertukar kerja atau berpindah tempat kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mo.bi.li.ti] | موبيليتي
Definisi : perihal mudah bergerak dr satu tempat ke tempat lain, berpindah tempat tinggal, bertukar pekerjaan dsb. ~ industri perihal mudahnya pekerja berpindah dr satu industri ke industri yg lain. ~ pekerja perihal mudahnya pekerja berpindah dr satu tempat kerja ke tempat kerja lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)