Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : cerai, lerai; ilmu ~ Id ilmu kimia; juru~ Id pelerai, penegah, wasit; berpisah 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; berpisah-pisah berasing-asing, bercerai­-cerai, berdiri sendiri-sendiri; memisah menjauhkan diri (dr), tidak mahu bersama atau bersatu (dgn): dia sengaja ~ dr keluarganya utk mencari pengalaman; memisahkan 1. meleraikan (orang yg ber­gaduh dll), menceraikan: Uda Patah pun dapat meleraikan, ~ kedua-dua orang yg berkelahi itu; kawasan bukit yg kecil ini ~ lembah Sungai Sittang drpd lembah Sungai Irrawadi; 2. membezakan: walau bagaimanapun mereka itu tidak ~ akidah Islam yg pokok drpd kepercayaan mereka: 3. mengasingkan yg satu drpd yg lain: maksud kita ialah ~ barang itu dr kumpulannya yg semacam; adat istiadat amat keras ~ mereka; 4. = memisah-misahkan memecah-mecah­kan (kumpulan, gerakan, dll) utk menjadikan berpisah-pisah, mencerai-ceraikan: hendak ~ masyarakat yg berbilang kaum; terpisah 1. tidak bersatu (berdekatan, ber­sama dll), terasing, tercerai, terpencil, ter­sendiri: pulau itu ~ dr Semenanjung Tanah Melayu oleh Selat Teberau; pembicaraan yg ~; 2. lepas dr: perjuangan menegakkan bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan ialah perjuangan yg tidak ~ drpd perjuangan kemerdekaan rakyat negeri ini; terpisah-pisah berasing-asing, tercerai-cerai; keterpisahan keadaan (perihal) terpisah, keterasingan; perpisahan 1. perceraian; 2. hal berpisah; malam ~ malam perjumpaan utk menyata­kan selamat berpisah; pemisahan perihal (perbuatan dsb) memisah atau memisahkan, penceraian, pemecahan (pembelahan dll); pemisah 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : Kl sengaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : Tr jalan, ikhtiar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sah] | ڤيسه

Definisi : ; berpisah tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. memisahkan mengasingkan yg satu drpd yg lain; menceraikan: Palung itu digunakan utk ~ bijih timah drpd pasir. perpisahan hal berpisah: Mati merupakan ~ antara jasad dgn roh. pemisahan hal atau perbuatan memisahkan. pemisah sesuatu yg memisahkan atau yg menceraikan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bersarak serasa hilang,
     bercerai serasa mati.

Bermaksud :

Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati). sarak = pisah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
scriptio plenatulis pisah/skrip pisahtulisan pisah/ skrip pisahtulisan pisah/skrip pisahKesusasteraan
positive separationpisah positifpisah positifpisah positifKomunikasi Massa
end splitpisah ujungpisah hujungpisah hujungPerhutanan
separation pointtitik pisahtitik pisahtitik pisahKejuruteraan Kapal Terbang
colour-separation positivepositif pisah warnapositif pisah warnapositif pisah warnaKomunikasi Massa
colour-separation negativenegatif pisah warnanegatif pisah warnanegatif pisah warnaKomunikasi Massa
rotor lock out systemsistem pisah rotorsistem pisah rotorsistem pisah rotorKejuruteraan Kapal Terbang
nonseparable kinetickinetik tak boleh pisahkinetik tak boleh pisahkinetik tak boleh pisahKejuruteraan
separate soundTiadabunyi pisahbunyi pisahKomunikasi Massa
split screenlayar terbagiskrin pisahskrin pisahTeknologi Maklumat
123

Kembali ke atas