Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.las] | بالس

Definisi : 1. = balasan a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; 2. membalas: suara tenang gadis itu memberi keyakinan kepadanya utk ~ berbicara; ada hujan ada panas, ada hari boleh ~ prb akan datang masanya utk membalas perbuatan jahat;berbalas 1. menjawab, menyahut: maka ~lah suara dr dlm rumah; 2. dijawab: cintanya tidak ~; 3. balas-berbalas: kedua–duanya pun ~ pantunlah;berbalas-balas balas-membalas;berbalasan berbalas, mendapat balas, bersambutan: perkataan yg demikianlah yg saya tunggu, supaya tepuk ~, supaya kesalahan berhukuman, supaya dosa bertebus;berbalas-balasan saling membalas, bersahut-sahutan: serta serdadu berbaris-barisan dgn meriam ~;membalas 1. menjawab: ~ surat; 2. memberi sesuatu sbg imbangan (tenaga dll); 3. membuat seseorang menderita atas kesalahan yg telah dilakukan: ~ kezaliman, pencerobohan, dan penindasan mengikut kadar yg telah dilakukan; ~ bidan melakukan sesuatu yg setimpal; ~ dendam memberi balas utk memuaskan hati; ~ budi = ~ guna = ~ jasa = ~ kebaikan berbuat kebaikan sbg tanda terima kasih atas kebaikan yg telah diterima; ~ sakit hati melakukan sesuatu supaya hilang rasa sakit hati; ~ salam menjawab salam; ~ serangan menyerang balik;balas-membalas saling membalas, sahut-menyahut, bersambutan;balasan 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki;pembalasan perihal (perbuatan, tindakan) membalas;pembalas 1. orang yg membalas; 2. sesuatu yg digunakan utk membalas: inilah bingkisan ~ surat saudara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : bahan berat spt plumbum atau besi jongkong yg dibawa dlm kapal utk memperbaik kestabilan kapal terutamanya yg tidak membawa kargo, tolak bara, pengimbang kapal, pemberat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : Pl curi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.las] | بالس

Definisi : 1 kata-kata utk menjawab percakapan orang; jawab; sahut: “Engkau tidak pergi ke sekolah, Ali?” “Pergi,” ~ Ali. 2 perbuatan yg dilakukan kpd orang lain sebagaimana orang itu melakukan kpd kita: ada budi ada ~. berbalas saling menyoal dan menjawab: Peraduan ~ pantun. berbalas-balas sama-sama melakukan sesuatu dlm perlawanan, permainan dsb utk mengalahkan lawan; saling menjawab: Pasukan polis hutan telah ~ tembak dgn penjahat-penjahat di kawasan sempadan Malaysia-Thai. berbalas-balasan sama-sama membalas apa-apa yg dilakukan; bersahut-sahutan: Meriam berbunyi ~ semasa upacara pertabalan tsb. membalas 1 memberikan jawapan; menjawab: Saya belum lagi ~ surat yg saya terima drpd ayah saya. 2 berbuat sesuatu kpd orang utk memulangkan perbuatan yg telah dikenakan oleh orang itu kpd kita: Sepasukan askar Jepun telah ~ kekalahan mereka terhadap tentera sekutu di Sungai Kwai. 3 memberikan sesuatu sbg tanda berterima kasih: Utk ~ jasanya itu, baginda telah menaikkan pangkat Sabur menjadi bendahari. balasan 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. pembalasan perbuatan atau hal membalas: Pasukan polis telah mengadakan suatu serangan ~ terhadap pengganas-pengganas komunis di sempadan Malaysia-Thai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balas

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Kain pelikat di atas peti;
Baik balas baik tidak,
     Sudah ikhlas dalam hati.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(11)

609

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Ada ubi ada batas, ada budi ada balas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
countervailingadj menimbang balas; (tech) timbal balas: ~ power, kuasa timbal balas; ~ tariff, tarif timbal balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reprisaln tindakan balas: the army took ~s against the communist leaders, tentera itu mengambil tindakan balas thdp pemimpin-pemimpin komunis; there have been threats of ~, memang ada ancaman utk mengambil tindakan balas; in ~ for, sbg tindakan balas thdp: the town was bombed in ~ for the raid, bandar itu dibom sbg tindakan balas thdp serangan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reparteen 1. witty, clever retort, tikam balas: his ~ enchanted his audience, tikam balasnya mempesonakan para penonton; 2. skill in making such retorts, menikam balas: his skill at ~ is undoubted, kepetahannya menikam balas tdk diragui.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retaliatory, retaliativeadj tindakan balas: ~ measures, langkah-langkah tindakan balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vengeancen balas dendam: he demanded ~ on his brother’s murderer, dia menuntut balas dendam thdp pembunuh abangnya; take ~ on, membalas dendam: he swore to take ~ on his enemies, dia bersumpah utk membalas dendam thdp musuh-musuhnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
retaliationn tindakan balas: immediate ~ against the rebels proved effective, mengambil tindakan balas dgn segera thdp pemberontak-pemberontak itu terbukti berkesan; in ~ for, utk membalas: he gave the boy a kick in ~ for the slap, dia menendang budak itu sbg membalas tamparan budak itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-claimvt menuntut balas: they ~ed $2,000, mereka menuntut balas $2,000.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-examinevt (leg.) memeriksa balas: to ~ a witness, memeriksa balas saksi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
countersignvt menandatangani balas: the cheque must be ~ed by another director, cek ini mesti ditandatangani balas oleh seorang pengarah lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
counter-attackvi & vt menyerang balas: the troops were prepared to ~, pasukan itu bersedia utk menyerang balas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678

Kembali ke atas