Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pat] | براڤت

Definisi : berhimpunan (dlm sidang), menga­dakan rapat, bermesyuarat, bersidang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pat] | براڤت

Definisi : 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang ber­bedil-bedil senapang dan pemburas se­belah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalu­lah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, ber­sekali: orang-orang dlm negeri itu telah ber­selisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemu­dian ~ zuhur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pat] | براڤت

Definisi : mengadakan rapat; bersidang; bermesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.pat] | براڤت

Definisi : berada (duduk dll) dekat-dekat: Mereka duduk ~ semasa menonton cerita seram itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rapat (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, kerap, tetal, utuh,
Berantonim dengan jarang

2. Bersinonim dengan dekat: hampir, rapik, sempit,
Berantonim dengan jauh

3. Bersinonim dengan erat: karib, akrab, mesra,
Berantonim dengan renggang

Kata Terbitan : berapat, merapat, merapati, merapatkan,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
warmthn 1. moderate heat, kepanasan, kehangatan, panas, hangat: they sat outside enjoying the ~ of the sun, mereka duduk di luar menikmati panas matahari; we huddled together for ~, kami berapat-rapat utk mendapatkan kehangatan; 2. ability to maintain heat, kepanasan, kehangatan, memanaskan, menghangatkan: the thin sweater gives little ~, baju panas yg nipis ini kurang memanaskan; 3. friendly manner, kemesraan: her ~ encourages confidence, kemesraannya menggalakkan keyakinan diri; she won the child’s affection with her kindness and ~, dia menawan hati budak itu dgn kebaikan dan kemesraannya; 4. emotional intensity, kehangatan: many issues emerged in the ~ of the debate, banyak isu yg timbul dlm kehangatan perdebatan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas