Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.ta] | بريتا

Definisi : 1. maklumat mengenai sesuatu kejadian (peristiwa, diri sendiri, dll) yg disampaikan (sama ada secara lisan atau dgn surat dsb), khabar, warta: semenjak itu tidak pernah saya lihat wajah suami saya, malah mendengar ~nya pun tidak pernah; 2. siaran atau penyampaian berita (melalui televisyen atau radio); ~ acara laporan berkenaan sesuatu perkara; ~ angin khabar yg belum pasti, desas-desus; ~ kawat berita yg diterima melalui kawat (telegram); ~ negara majalah kerajaan yg rasmi; ~ perdana berita yg disiarkan pd waktu siaran yg dianggap terpenting (kerana ramai dijangka mendengar radio atau menonton televisyen pd waktu itu); ~ sepekan majalah mingguan;berberita sl mengkhabarkan, memberitahukan: setelah Sultan Abdul Jamal mendengar titah Laksamana itu, maka titah baginda: “Siapa yg ~ ke Melaka?”;memberitakan mengkhabarkan, melaporkan, memberitahukan: Jepun ~ bahawa kapalnya itu sudah tenggelam;pemberitaan 1. perihal mengkhabarkan: kami pelajari cara-cara ~ akhbar itu; 2. maklumat, laporan, siaran: kami berterima kasih atas ~mu; 3. ark laporan mengenai sesuatu perkara;pemberita orang yg memberitakan, juruberita, juruwarta: Perdana Menteri berkata demikian ketika ditemui oleh ~-~ akhbar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ri.ta] | بريتا

Definisi : laporan ttg sesuatu hal; khabar: ~ ttg perundingan mereka di rumah Siti Fatimah telah sampai kpd Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Umar. memberitakan membuat laporan ttg sesuatu; mengkhabarkan: Surat khabar itu ~ bahawa persidangan tiga negara itu terpaksa ditunda. pemberitaan perihal atau perbuatan memberitakan. pemberita orang yg memberitakan atau yg membuat laporan ttg sesuatu: Sekembalinya dr Mekah, beliau telah dikerumuni oleh ~-~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berita

Puisi
 

Sayang buah pulang ke laut,
     Khabar berita saya turut;
Bunga hadiah saya menyambut,
     Tutur belia saya menurut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Memecah tuba.

Bermaksud :

Menyiarkan berita yang mencemaskan orang mendengarnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)

113

Make not your source till you have caught the fish

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Burung yang terbang dipipiskan lada

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Make not your source till you have caught the fish. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
unimportantadj tdk penting: news that seemed ~ to me at the time, berita-berita yg kelihatan tdk penting bagi saya pd waktu itu; this is a relatively ~ clause,ini ialah fasal yg tdk berapa penting.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
woefuladj 1. very sad, sedih, duka: the ~ faces of the refugees, wajah-wajah sedih orang pelarian; ~ tidings, berita-berita sedih;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
phone 1 ~ in, menelefon: he normally ~s in twice a day to check on our progress, biasanya dia menelefon dua kali sehari utk memastikan kemajuan kerja kami; ~ st in, menelefon utk memberitahukan sst: for the news to appear in the morning issue, the reporters had to ~ their story in before midnight, supaya berita-berita dapat disiarkan dlm terbitan sebelah pagi, pemberita harus menelefon utk memberitahukan berita-berita itu sebelum tengah malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
newsn 1. fresh information, berita, khabar: they have had some bad ~, mereka telah menerima berita buruk; what’s the latest ~ about your son?, apakah khabar terbaru ttg anak lelakimu?; 2. report (in newspapers, on radio or television) berita: the paper has an excellent ~ coverage, akhbar itu mempunyai liputan berita yg sangat baik; here is the ~ in full, inilah berita penuh; 3. regular broadcast, berita; (formerly) warta berita: it was on the eight o’clock ~ last night, peristiwa itu disiarkan dlm berita pukul lapan malam tadi; 4. so. or st interesting enough to be given news coverage, bahan berita: whatever Madonna does is ~, apa saja yg dilakukan oleh Madonna menjadi bahan berita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
word6. news, berita, khabar: our visitors brought us ~ from home, tetamu kami membawakan kami berita dr tanah air; there has been no ~ of them since they left, tdk ada berita ttg mereka sejak mereka pergi; ~ of the scandal soon got about, berita ttg skandal itu cepat tersebar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blaze3vt also ~ st abroad, menghebah-hebahkan [sst]: headlines ~d the shocking news, tajuk-tajuk berita menghebah-hebahkan berita yg mengejutkan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
newsworthyadj bernilai berita: a ~ happening, peristiwa yg bernilai berita.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hear~ about, mendengar berita ttg: I ~d about the accident from my cousin, saya mendengar berita ttg kemalangan itu drpd sepupu saya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
version2. translation, versi: Berita Harian” is the Malay ~ of “The New Straits Times”,Berita Harian” ialah versi Melayu bagi “The New Straits Times”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
muchhear ~ of, (sering) mendengar berita ttg: we haven’t heard ~ of that plan for some time now, sudah lama kami tdk mendengar berita ttg rancangan itu; how ~?, (ref to substance) berapa banyak; (ref to cost) berapa harga; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas