Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lin.dung] | برليندوڠ

Definisi : 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), bersembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.lin.dung] | برليندوڠ

Definisi : 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sayang mengkodok di tanjung-tanjung,
     Sayang lengkuas di padang-padang;
Jangan tidak cuba berlindung,
     Supaya puas kita berpandang.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Punggur rebah,
     belatuk menumpang mati.

Bermaksud :

Apabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
harbour, (US) harborn 1. pelabuhan; 2. (fig.) tempat /berlindung, perlindungan/: a ~ for refugees, tempat berlindung orang pelarian; the inn was a ~ for tired travellers, rumah penginapan itu menjadi tempat berlindung pengembara-pengembara yg kepenatan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sheltervi bernaung, berlindung: the pirates who used to ~ in the islands of the West Indies, lanun-lanun yg biasanya berlindung di kepulauan Hindia Barat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tax havenn tempat berlindung cukai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sheltertake ~, mencari perlindungan, berlindung: when the air raid siren sounds, everyone should take ~ immediately, apabila siren serangan udara berbunyi, semua orang hendaklah mencari perlindungan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
havenn shelter, tempat /perlindungan, berlindung/: they sought a ~ from the storm, mereka mencari tempat perlindungan drpd ribut itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sheltern 1.place of refuge and safety, tempat /berlindung, perlindungan/: the Londoners used the tube stations as air raid ~s, penduduk-penduduk London menggunakan stesen kereta api bawah tanah sbg tempat perlindungan drpd serangan udara;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trench2. ditch dug as a fortification, parit (pelindung): the soldiers took shelter in a ~, askar-askar itu berlindung dlm parit pelindung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
asylumn 1. (formerly termed lunatic asylum) /rumah sakit, hospital, rumah orang/ gila, rumah sakit otak; 2. place of refuge, suaka, tempat berlindung; 3. refuge, perlindungan: to seek political ~, meminta perlindungan politik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overhangbumbung itu mempunyai unjur yg lebar yg melindungi tingkap-tingkap drpd panas matahari; b. rock etc that sticks out, jerangkau: they sheltered beneath an ~ of the cliff, mereka berlindung di bawah jerangkau cenuram itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
subside3. decrease in violence or intensity, reda: all his doubts and fears ~d, semua keraguan dan ketakutannya reda; we had better take shelter till the wind ~s, baik kita berlindung hingga angin reda; the fever is subsiding, demam mula reda; his anger quickly ~d at the sight of his child, kemarahannya cepat reda sewaktu melihat anaknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas