Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.main] | برماءين

Definisi : 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.main] | برماءين

Definisi : berbuat sesuatu utk bersenang-senang atau utk bersuka-suka; melakukan sesuatu utk menyenangkan hati atau utk berehat-rehat: Pergilah keluar ~, apabila kamu telah lama belajar. ~ bola; ~ catur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Bukan sengaja saya berkain,
     Saya berkain menutup tubuh;
Bukan sengaja saya bermain,
     Saya bermain bersungguh-sungguh.


Lihat selanjutnya...(84)
Peribahasa

Main air basah,
     main api letur,
main pisau luka.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka).

 

Lihat selanjutnya...(6)

416

Make a mountain out of a molehill

Membesar-besarkan sesuatu perkara atau masalah yang sebenarnya kecil atau remeh sahaja. (Peribahasa ini lazimnya dinyatakan kepada seseorang yang terlalu risau mengenai masalah kecil tetapi dianggapnya terlalu serius).

Laksana katak, sedikit hujan banyak bermain.

''I should not have lent you my motoycycle. Now, look what you have done! Mum will surely berate me forever. It must costly to repair it,'' the little brother complained. ''Come on, it's only a small scratch. Make a mountain out of a molehill . You dented my car the other day, and I did not even complaint!'' the big brother said.

''Menyesal aku beri kau pinjam motorsikal aku itu. Sekarang, tengok apa dah jadi! Mak tentu akan menghamun aku tak habis-habis. Tentu mahal nak membaikinya,'' rungut si adik.Alaihai, calar sedikit sahaja. Kalau ini laksana katak, sedikit hujan banyak bermain. Kau kemikkan kereta aku hari itu, aku tidak merungut sikit pun!'' kata si abang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
game 1 /beat, play, etc. so/ at his own ~, (colloq) mengalahkan sso dlm /bidang, pekerjaan/ sso; be /on, off/ o’s ~, /bermain, tdk bermain/ dgn baik; give the /~, show/ away, (colloq) pecah tembelang, membuka rahsia; be good at ~s, pandai bersukan; /have, play/ a ~, bermain: to play a good ~ of tennis, bermain tenis dgn baik; have the ~ in o’s hands, pasti akan /menang, memenangi perlawanan itu/; make ~ of so., see FUN (make fun of so.); play a dangerous ~, bermain api; play a double ~, bermuka-muka, bermuka dua, talam dua muka;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
playvi 1. amuse os in an activity, bermain: the children went out to ~, kanak-kanak itu pergi bermain; you ~ with Joan and I’ll partner Chris, kamu bermain dgn Joan dan Chris menjadi pasangan saya; 2. take part in a game, bermain: the team’s centre-forward won’t be ~ing today, forward tengah pasukan itu tdk bermain hari ini; Jack had never ~ed as forward before, Jack tdk pernah bermain sbg forward sebelum ini; he will ~ for Selangor this season, dia akan bermain utk Selangor musim ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
play~ in; ~ os in (sport) bermain dgn hati-hati pd permulaan permainan; ~ so. in, bermain muzik utk mengiring masuk sso: the band ~ed the bridal couple in, pasukan pancaragam itu bermain muzik utk mengiring masuk pasangan pengantin;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
playvt 1. take part in a game, bermain: Harley ~s basketball for Chicago, Harley bermain bola keranjang mewakili Chicago; I ~ tennis nearly every Saturday, saya bermain tenis hampir setiap hari Sabtu; 2. oppose another individual, team in game, melawan, menentang: Germany ~ed Argentina at football yesterday, Jerman melawan Argentina dlm pertandingan bola sepak semalam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fool~ /about, around/ with, a. (so.) bermain-main dgn: he’s always ~ing about with other man’s wives, dia selalu bermain-main dgn isteri orang; b. (st) bermain-main: you should never ~ about with a knife, jangan sekali-kali main-main pisau.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
punn & vi bermain dgn kata-kata: I get bored with the way he ~s all the time, saya menjadi bosan dgn cara dia bermain dgn kata-kata sepanjang masa; make a ~, bermain dgn kata-kata.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
playthat was an excellent piece of ~, itu satu teknik permainan yg sangat baik; 4. turn, move in cards etc, giliran [sso] bermain: you’ve had your turn, it’s my ~, kamu telah bermain, sekarang giliran saya bermain pula; 5. gambling, perjudian, berjudi: he lost $5,000 in last night’s ~, dia rugi $5,000 dlm perjudian semalam; 6. looseness, longgar: there’s too much ~ in that knot, you’d better tighten it, simpul itu terlalu longgar, lebih baik kamu ketatkannya; 7. light quick movement, menari-nari: she watched the ~ of light and shadow over the surface of the lake, dia memperhatikan cahaya dan bayang-bayang menari-nari pd permukaan tasik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
foolvi 1. tease, bermain-main, bergurau: I was only ~ing when I told you that the minister was going to visit us, saya hanya bermain-main semasa memberitahu kamu bahawa menteri akan melawat tempat kita; 2. often ~ around, ~ about, bermain-main: stop ~ing around and get down to work, jangan bermain-main lagi dan buatlah kerja;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
play~ /about, around/ a. amuse os, bermain-main: I watched the children ~ing about in the garden, saya memperhatikan kanak-kanak sedang bermain-main di taman; b. (colloq) have sexual relationship with, (suka) mengadakan hubungan seks: he’s the type who ~s around, dia jenis orang yg suka mengadakan hubungan seks; ~ /about, around/ st, bermain-main dekat sst: it’s dangerous for the children to ~ about the disused mining-pool, adalah berbahaya bagi kanak-kanak utk bermain-main dekat lombong bijih yg tdk digunakan lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
play~ off, a. complete series of games, bermain (dlm): the two teams will have to ~ off five games, dua pasukan itu terpaksa bermain dlm lima perlawanan; the nine European teams ~ed off against each other, sembilan pasukan negara Eropah itu bermain menentang satu sama lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas