Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cam.pur] | چمڤور

Definisi : 1. = bercampur bergaul (berbaur, bersatu, beraduk, berkacau) dlm satu kumpul­an; logam ~ dua atau lebih jenis logam yg disatukan; 2. (dlm ilmu hisab) ditambah kpd atau disatukan dgn (angka yg dinyatakan): dua ~ tiga, jumlahnya lima; kira-kira ~ kira­-kira yg menyatukan dua angka atau lebih supaya menjadi satu jumlah; ~ bicara = ~ mulut masuk campur (dlm hal orang dll); ~ tangan a) mengambil bahagian dlm atau memasuki hal orang (kejahatan dll); b) terkait atau terlibat dlm hal orang dll; bercampur 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-men­cintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; bercampuran bercampur-campur, bercampur aduk; mencampuri 1. menokok (menambah) sesuatu supaya bercampur: susu itu jangan dicampuri air; 2. bercampur dgn: benda apa yg ~ gulai ini hingga sudah tidak sedap lagi?; emas yg sudah dicampuri logam; 3. turut campur dlm sesuatu urusan (hal orang dll): negeri-negeri mempunyai kuasa memerintah dan membuat undang-undang yg tertentu dgn tidak dicampuri oleh pemerintah pusat; 4. bergaul (bersama) dgn: golongan penjajah tidak pernah ~ anak negeri; 5. mengadakan hubungan kelamin: semasa dlm ihram suami tidak boleh ~ isteri; mencampurkan 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; tercampur sudah bercampur, tergaul, ter­kacau; campuran 1. sesuatu yg bercampur; 2. benda­-benda yg dicampurkan atau utk dicampurkan; 3. gabungan, sebatian; percampuran 1. perihal bercampur atau bercampur aduk: walau bagaimanapun, ~ antara ciri-ciri budaya tradisional dgn ciri-ciri moden tetap berlaku dlm hidup masyarakat di mana-mana; 2. pergaulan: dia sudah mabuk kepayang akibat ~ yg terlalu bebas itu; 3. perkongsian (pergaulan) hidup suami isteri: ia dapat menyatukan jiwa Barat dan Timur dlm ~nya dgn isterinya itu; ~ tangan perihal turut campur tangan; pencampuran proses mencampuri atau mencampurkan sesuatu kpd sesuatu yg lain: ~ kedua-dua bahan ini akan meninggalkan kesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cam.pur] | چمڤور

Definisi : ; kira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengum­pulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besar­nya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1 sesuatu yg sudah bercampur. 2 benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1 keadaan bercampur. 2 perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campur

Puisi
 

Gulai kacang campur cendawan,
     Beri makan tuan puteri;
Habis bintang disapu awan,
     Bulan bersinar dengan matahari.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Jangan buat kerbau tanduk panjang.

Bermaksud :

Jangan ikut campur dalam urusan orang lain.

 

Lihat selanjutnya...(7)

388

Mind your own business

Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain.

Jangan buat kerbau tanduk panjang

'' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark.

''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
meddlevi interfere, masuk campur, campur tangan: don’t ~ in other people’s affairs, jangan masuk campur dlm hal orang lain;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
meddlesomeadj (fml) suka /menyibuk, masuk campur, campur tangan/: a ~ old woman, perempuan tua yg suka menyibuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interferevi 1. meddle, campur tangan, masuk campur: he’s always interfering in my affairs, dia selalu masuk campur dlm urusan saya; it is not advisable to ~ between parents and children, adalah tdk bijak campur tangan dlm urusan ibu bapa dan anak-anak mereka; 2. butt in, mencelah, menyampuk: we’re discussing something crucial to the company’s future prospects, Sulaiman; please don’t ~, kami sedang membincangkan sst yg sangat penting bagi masa depan syarikat ini, Sulaiman; tolong jangan menyampuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interferingadj meddlesome, suka /campur tangan, masuk campur (hal orang, urusan orang)/: an ~ old woman, perempuan tua yg suka campur tangan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interferencen 1. meddling, intervention, campur tangan, masuk campur: he objected to what he considered unwarrantable ~ in his affairs, dia membantah apa yg dianggapnya sbg campur tangan yg tdk patut dlm urusannya; 2. (of sounds, radio waves) gangguan: ~ measuring apparatus, radas pengukur gangguan; ~ pattern, corak gangguan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
monkey businessb. interfere in so’s affairs, business, etc, campur tangan, masuk campur: why are they ~ing about in something that doesn’t concern them?, mengapa mereka masuk campur dlm hal-hal yg tdk kena-mengena dgn mereka?; ~ /about, around/ wKamus Inggeris-Melayu Dewan
stay 1 ~ out of it, tdk /mahu, hendak/ masuk campur; (imper) jangan masuk campur: the argument is getting heated, I should ~ out of it if I were you, perbalahan itu semakin hangat, kalau saya jadi kamu, saya tdk mahu masuk campur; ~ out of it! It’s none of your business, jangan masuk campur! Itu bukan urusan kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plusprep1. with the addition of, campur: three ~ six is nine, tiga campur enam jadi sembilan; the gift costs $10 ~ $1 for postage, hadiah itu berharga $10 campur $1 utk belanja pos; 2. (colloq) as well as, serta: he was paid a salary ~ commission, dia dibayar gaji serta komisyen.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interventionn act of intervening, campur tangan: this armed ~ by a foreign power was resented by both sides, campur tangan bersenjata oleh kuasa asing ini dikesali oleh kedua-dua pihak; government ~ in this case is not necessary, kerajaan tdk perlu campur tangan dlm hal ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mixed ability3. comprising people of different races or religions, campur; (of society) majmuk, pelbagai kaum: ~ marriage, kahwin campur; of ~ /parentage, blood/, kacukan; 4. of or intended for both sexes, campur: aKamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas