Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn ge­rakan, waktu, kejadian, dll): langkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya pertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke sekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah (mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan lebih dahulu; ~ marah lekas marah; ~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki terlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak difikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; secepat; ~ kilat sangat cepat (spt kilat); ~ mungkin seberapa cepat yg dapat, selekas mungkin; cepat-cepat dgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah; secepat-cepatnya secepat mungkin, selekas mungkin, selekas-lekasnya; bercepat-cepat, bersecepat, bersicepat 1. berlumba-lumba, berebut-rebut hendakkan cepat; 2. lekas, terburu-buru, tergesa-gesa: tak usah ~ menyeberangi jalan, kereta terlalu banyak lalu-lalang; mencepat menjadi cepat; mencepatkan 1. melakukan (mengerjakan dll) dgn cepat, menderaskan, mengencangkan: aku pun ~ langkahku; 2. menyegerakan, melekaskan, menyebabkan berlaku lebih dahulu, memajukan waktu: rumah yg ~ mereka kaya; mempercepat menjadikan lebih cepat; cepatan kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu, pecutan; kecepatan 1. cepatnya sesuatu perjalanan (gerakan dll), kelajuan: ~ putaran jentera itu dikendurkan; ia menjalankan keretanya dgn ~ 50 km sejam; 2. Jk terlalu cepat; pencepatan perihal mencepatkan; pencepat alat utk mencepatkan atau mem­percepat gerakan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.pat] | چڤت

Definisi : 1 dpt mencapai jarak yg jauh dlm waktu yg singkat (ttg gerakan); pantas; laju: Kerana hendak lekas sampai, kami terpaksa berjalan ~. 2 lebih lekas atau terdahulu drpd yg sepatutnya (ttg jam dsb): Jam saya ~ 5 minit. 3 lekas; segera: Kita mesti pergi ~, jika tidak, kita akan ketinggalan bas. ~ kaki pantas berjalan. ~ kiri kidal. ~ lidah (mulut) mudah menuturkan sesuatu tanpa berfikir dahulu. ~ tangan suka mencuri. bercepat-cepat berlumba-lumba atau berebut-rebut hendak cepat; terburu-buru: Semua murid ~ masuk ke bilik darjah. mencepat menjadi cepat. mencepatkan 1 menjadikan cepat; menderaskan; melajukan: Orang itu ~ keretanya. 2 membuat supaya berlaku atau dilakukan dgn cepat; melekaskan: Semua pekerja memohon supaya pihak majikan ~ pembayaran gaji mereka bulan ini. mempercepat menjadikan lebih cepat; memperderas; memperlaju: Beliau ~ langkahnya kerana langit kelihatan mendung. cepatan ist kadar perubahan laju gerakan sesuatu dlm unit masa tertentu. kecepatan cepatnya (sesuatu gerakan); keadaan cepat; kelajuan: Kereta itu berjalan dgn ~ 96 km sejam. pencepat­an perbuatan atau hal mencepatkan; penderasan. pencepat alat utk mencepatkan sesuatu (gerakan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepat

Puisi
 

Anak itikbawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oi,
     encik orang di rumah,
Terima tidak kami ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(24)

169

The early bird catches the worm

Yang cepat atau yang sampai dahulu akan beroleh keuntungan

Siapa cepat dia dapat

There were only five free expensive gifts to be grabbed. So, in order to not miss the opportunity, please come early. Remember that the early bird catches the worm, and whose who late will be disappointed.

Hanya lima hadiah percuma yang mahal untuk direbut. Jadi, supaya tidak terlepas peluang, datanglah awal-awal. Ingat siapa cepat dia dapat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
knock~ st together, a. construct rapidly, membuat sst /dgn cepat, cepat-cepat sahaja/: to ~ a chicken coop together, membuat sebuah reban ayam cepat-cepat sahaja; b. cause to collide, menghantukkan, melagakan: he ~ed the bKamus Inggeris-Melayu Dewan
jabbervt also ~ out, mengujarkan [n] cepat-cepat; (o’s prayers) membaca [doa] cepat-cepat: to ~ out o’s thanks, mengujarkan ucapan terima kasih cepat-cepat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duck2vi 1. (move head downwards quickly) menundukkan kepala cepat-cepat; (move top half of body downwards quickly) membongkok cepat-cepat: he ~ed to avoid the blow, dia membongkok cepat-cepat utk mengelak pukulan tersebut; 2. dive quickly, menyelam sekejap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
grab2. obtain unscrupulously, unfairly, merebut: he ~bed all the land so he could make a profit selling it later, dia merebut semua tanah itu supaya dia dapat menjualnya kemudian dgn mendapat untung; 3. obtain quickly, [approp v] cepat-cepat, cepat-cepat [approp v]: they managed to ~ a meal in between lectures, mereka sempat makan cepat-cepat antara waktu kuliah; she ~bed the seat nearest the door, dia cepat-cepat duduk di kerusi yg paling dekat dgn pintu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
double-quickadv (colloq) cepat-cepat: get here ~!, datang sini cepat-cepat!Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotfootv; ~ it, cepat-cepat: the boy ~ed it home, budak itu cepat-cepat pulang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
snatch ~ st away, menarik sst cepat-cepat: she ~ed her hand away, dia menarik tangannya cepat-cepat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotfootadv (colloq) cepat-cepat: he ran ~ to the police station, dia berlari cepat-cepat ke balai polis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
throw~ st on, mengenakan sst cepat-cepat: he threw on his clothes and rushed out, dia mengenakan pakaiannya cepat-cepat lalu meluru keluar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scootvi (colloq) pergi cepat-cepat: you’ll have to ~ if you want to catch the train, kamu mesti pergi cepat-cepat jika kamu hendak menaiki kereta api itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas