Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.rat] | دارت

Definisi : 1. tanah (sbg lwn laut atau air), tanah (sbg lwn udara); angkatan ~ = tentera ~ tentera yg bergerak (bertempur dsb) di darat; 2. kawasan tanah yg tertinggi (lwn baruh): jalan yg di sebelah ~ sana lebih baik drpd jalan ini; 3. kawasan tanah pedalaman, hulu negeri (lwn pantai): anak isterinya sudah ditum­pangkan di rumah orang Kedayan di ~ supaya bekerja bertanam padi; ~-darau kawasan-kawasan yg tertinggi atau yg terletak di pedalaman; di laut angkatan, di ~ ke­rapatan prb kekuatan di laut bergantung pd angkatan perang, kekuatan di darat ber­gantung pd persatuan; mendarat 1. turun dr kapal (perahu dsb) dan naik ke darat: tentera Jepun sudah ~ di Jawa; 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yg tebal; 3. pergi ke kawasan (daerah) pe­dalaman: setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~; 4. Mn pergi melalui (jalan) darat: lebih selamat kita ~ sahaja drpd belayar; mendarati naik ke darat (di sesuatu tempat): Bujang berjalan perlahan-perlahan mere­dah di dlm semak-semak menuju ke kawasan yg biasa didaratinya; Tanah Melayu sudah didarati Jepun; mendaratkan menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa ke darat: Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat; juruterbang itu berjaya juga ~ kapal ter­bangnya walaupun cuaca amat buruk; daratan kawasan tanah yg luas (lwn laut dan pulau): mereka sekarang tercampak ke sebuah pulau yg kecil terpencil jauh dr ~; pendaratan 1. perihal mendarat atau men­daratkan: kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya; pendarat alat (peralatan, perkakas) utk men­darat atau mendaratkan: kapal ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.rat] | دارت

Definisi : Kl bodoh, dungu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.rat] | دارت

Definisi : 1 tanah sbg lawan laut, air atau udara: angkatan ~ tentera yg bertugas di darat saja. 2 kawasan tanah yg tinggi (lw baruh): Ia ke ~ utk mencari kayu. 3 kawasan tanah pedalaman (lw tanah pantai); hulu negeri. mendarat 1 turun dr kapal atau dr perahu; naik ke darat: Tentera musuh telah ~ di pantai timur. 2 turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): Kapal terbang MAS telah ~ di Kota Kinabalu. 3 pergi ke kawasan pedalaman: Mereka ~ mencari rotan. 4 mengikut (melalui) jalan darat: Saya lebih suka belayar drpd ~. mendaratkan menurunkan atau menaikkan ke darat; membawa ke darat: Kapal Malaysia Baru telah ~ jemaah haji di Judah. daratan kawasan tanah yg luas (lw laut atau pulau): Lautan lebih luas drpd ~. pendaratan 1 perbuatan mendarat atau mendaratkan: ~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan. 2 tempat mendaratkan perahu dll. pendarat alat-alat (perkakas) utk mendarat atau mendaratkan: kapal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata darat

Puisi
 

Orang darat suka bertandang,
     Sambil bertandang membawa cangkul;
Berapa berat mata memandang,
     Berat lagi bahu memikul.


Lihat selanjutnya...(80)
Peribahasa

Laut ditembak,
     darat kena.

Bermaksud :

Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.

 

Lihat selanjutnya...(7)

271

A house devided against itself cannot stand

Sesebuah kumpulan atau persatuan itu akan menjadi lemah jika anggota-anggotanya bertelagah dan berpecah belah.

Di laut angkatan, di darat kerapatan

We failed in our demand to get better pay as some of the workers sided with the employer while some were reluctant to join the strike - a house devided against itself cannot stand.

Kami gagal dalam tuntutan naik gaji berikutan sesetengah pekerja menyebelahi pihak majikan manakala yang lain pula keberatan untuk menyertai mogok itu - di laut angkatan, di darat kerapatan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
beachvt menaikkan ke darat, menyadaikan di darat: to ~ a boat, menaikkan perahu ke darat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
overlandadj & adv melalui darat: an ~ journey, perjalanan melalui darat; the ~ route from Europe to China, perjalanan melalui darat dr Eropah ke negeri China; they travelled ~ across the Sahara, mereka melalui darat merentasi Gurun Sahara.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onshoreadv 1. towards the shore, ke darat, dr laut: the wind was blowing ~, angin itu bertiup ke darat; 2. on or near the shore, di darat: oil produced ~, minyak yg dikeluarkan di darat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
landn 1. solid surface of the earth, darat: they reached ~ after three weeks at sea, mereka sampai ke darat selepas tiga minggu di laut; a journey by ~, perjalanan melalui darat; an animal that lives on ~ as well as in the sea, binatang yg hidup di darat dan juga di laut; 2. expanse of country, daratan: the ~ to the north is covered with forest, daratan yg menghala ke utara dilitupi hutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
landn 1. solid surface of the earth, darat: they reached ~ after three weeks at sea, mereka sampai ke darat selepas tiga minggu di laut; a journey by ~, perjalanan melalui darat; an animal that lives on ~ as well as in the sea, binatang yg hidup di darat dan juga di laut; 2. expanse of country, daratan: the ~ to the north is covered with forest, daratan yg menghala ke utara dilitupi hutan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
armyn 1. military land forces of a country, angkatan tentera darat: standing ~, angkatan tentera darat tetap; ~ rations, rangsum angkatan tentera darat; be in the ~, berkhidmat dlm angkatan tentera, menjadi askar; join the ~, memasuki angkatan tentera; 2. organized body trained and equipped for fighting, tentera; 3. organized body united for specif purpose, angkatan: the Salvation A~, Angkatan Takhlisan; 4. a large number, kumpulan besar: an ~ of factory workers, sekumpulan besar pekerja kilang; an ~ of ants, sekumpulan besar semut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
landscapen 1. wide view of an area, vista, landskap, pandangan darat: the desert ~ depressed him, pandangan darat gurun itu menusuk hatinya; a city ~, landskap kota; 2. art depicting natural scenery, seni /lukisan bentuk darat, landskap/; 3. such a picture, lukisan bentuk darat, landskap: she enjoys doing ~s,dia seronok melukis landskap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
landscapen 1. wide view of an area, vista, landskap, pandangan darat: the desert ~ depressed him, pandangan darat gurun itu menusuk hatinya; a city ~, landskap kota; 2. art depicting natural scenery, seni /lukisan bentuk darat, landskap/; 3. such a picture, lukisan bentuk darat, landskap: she enjoys doing ~s,dia seronok melukis landskap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shore 1 3. land as distinct from the sea, darat(an); on ~, di darat: the sailors had a good time while they were on ~, kelasi kapal berseronok-seronok sewaktu mereka berada di darat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
landwardadj arah ke darat: on the ~ side, bahagian arah ke darat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas