Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.ring] | دريڠ

Definisi : 1. bunyi spt bunyi giring-giring (loceng kecil, loceng basikal, telefon, dll): ~ telefon rumah orang sebelah jelas terdengar dr rumah saya; 2. bunyi yg nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): apabila aku terjaga, malam sudah sunyi senyap, hanya ~ ceng­kerik sahaja yg kedengaran; berdering, berdering-dering, mendering 1. berbunyi spt bunyi giring-giring (loceng, telefon, dll): bunyi loceng basikal posmen ~ di depan tangga rumah; 2. berbunyi dgn nyaring (spt bunyi cengkerik, gajah, dll): masuk dlm kawan gajah ~; deringan bunyi berdering: ~ loceng basikal yg menjemukan semakin berkurang bila hari meningkat petang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ring] | دريڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), medang buaya (kelarah, mantu), Cryptocarya griffithiana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.ring] | دريڠ

Definisi : = deringan bunyi spt bunyi loceng, telefon, giring-giring dll: Dia terjaga apabila mendengar ~ jam. berdering berbunyi spt bunyi loceng, telefon, giring-giring dll: Dia tersentak drpd lamunannya apabila telefon ~. mendering mengeluarkan bunyi spt bunyi loceng, telefon dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dering

Puisi
 

Kalau bergenta berdering-dering,
     Naik bendik kuda Paloyang;
Air mata giring-gemiring,
     Pabila kan sampai kasih sayang.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ringing tonen nada dering.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tone9. signal on a telephone line, nada: can you hear the ringing ~?, bolehkah kamu mendengar nada dering telefon itu?;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ring 2 n 1. sound (of handbell), (bunyi) /kelenteng, kelenting/; (of churchbells) keleneng; (of telephone, alarm clock) bunyi (ber)dering; (of bicycle bell) kring-kring; (of buzzer) bunyi pembaz; give the bell a ~, membunyikan loceng; 2. resonant and metallic sound, bunyi dentingan; 3. set of bells in a tower or belfry, peranggu loceng: a ~ of six bells, seperanggu enam loceng; 4. loud, clear sound, bunyi lantang: the ~ of the children’s happy laughter, bunyi lantang ketawa riang kanak-kanak itu; 5. expressive quality or character, nada: his statement has a ~ of sincerity, kenyataannya bernada ikhlas; there was a ~ of truth about his story, ada nada kebenaran ttg ceritanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas