Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[duit] | دوءيت

Definisi : 1. wang: kami semua tidak ada ~ hendak membeli benda itu; berapa ~ berapa har­ganya; 2. Kd, Pr, Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan): lima belas ~ lima belas sen; 3. wang tembaga zaman penjajahan; 4. = ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam (spt tembaga, perak, dsb); ~ ayam a) duit bergambar ayam (pd zaman penjajahan); b) wang yg dibayar oleh se­seorang kerana menolongnya menguruskan sesuatu hal; ~ curai = ~ kecil = ~ pecah duit syiling yg nilainya kurang drpd satu ringgit; ~ kocek wang yg dibawa ke mana-mana utk dibelanjakan apabila diperlukan; ~ kopi a) wang yg diberikan kpd pemilik rumah (kedai dll) yg akan disewa rumahnya (kedainya dll); b) = ~ rokok = ~ teh wang yg diberikan kpd seseorang utk memastikan mendapat sesuatu yg diminta, wang suap (sogok); ~ (wang) luar pendapatan yg diperoleh hasil drpd membuat kerja luar; ~ padang yuran permainan (di sekolah-sekolah dll); ~ poket wang sekadar perbelanjaan diri sendiri; ~ raya duit yg diberi, terutamanya kpd kanak-kanak pd hari raya; ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam; berduit 1. mempunyai duit, berwang: ayah saya tidak ~ hendak menghantar saya belajar di sekolah tinggi; menjual berduit-duit menjual beruncit-runcit; 2. ki mempunyai banyak wang, kaya: orang ~, mewah hi­dupnya; duitan; mata ~ (orang yg) hanya me­mikirkan tentang wang, tamak akan wang: perempuan yg mata ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[duit] | دوءيت

Definisi : 1 kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1 mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2 mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak (akan) duit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duit

Puisi
 

Orang Boyan balik ke Boyan,
     Bawa duit satu ringgit;
Niat hati nak getah bayan,
     Tergetahlah mari burung serindit.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

367

Many a little makes a mickle

Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga.

Sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit.

''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a little makes a mickle, doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered.

''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah sedikit-sedikit teku, lama-lama menjadi bukit ? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
coinn 1. piece of metal made into money, duit, (duit) syiling: a 10p ~, duit syiling 10p; 2. metal currency, (duit) syiling;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoardn 1. st amassed, (sst) yg dikumpulkan: a ~ of gold coins, duit-duit emas yg dikumpulkan; 2. hidden reserve of st, sorokan: the police found a ~ of stolen goods, polis telah menjumpai sorokan barang-barang curi; 3. (archaeol) khazanah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slot vt 1. put through a slot, memasukkan [sst] ke dlm lubang /alur, selit/: she ~ted coins into the piggy bank, dia memasukkan duit-duit syiling ke dlm lubang alur tabung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shaken 1. act of moving st up and down, side to side, goncangan; (piece of cloth, carpet, etc) kibas, kirai; (head) gelengan: the coins fell out with just one ~, dgn satu goncangan sahaja, duit-duit syiling berhamburan keluar; he indicated his disapproval by a ~ of his head, dia menunjukkan tanda tdk bersetuju dgn gelengan kepalanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
packetbanyak duit: he made a ~ on the stock exchange, dia buat banyak duit dr bursa saham; this house cost me a ~, rumah ini makan banyak duit; 4. also packet boat, bot tambang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
fresh~ out of, (colloq) baru /kehabisan, habis/: I’m ~ out of change, saya baru kehabisan duit tukar or duit tukar saya baru habis; /be, get/ ~ with so., (colloq), /berlaku kurang ajar, menggatal/ dgn sso: if he tries to get ~ with me I’ll report him, jika dia cuba berlaku kurang ajar dgn saya, saya akan laporkan dia;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pickingsn; /easy, rich/ ~, (colloq), (gains easily made), (dapat) duit dgn /mudah, senang/; (gains dishonestly obtained), (dapat) duit kopi: if you are smart you can make some rich ~ in this job,kalau kamu pandai, kamu boleh dapat duit kopi dgn mudah dlm kerja ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toss5. flip (a coin) to decide, melambung (duit): we’ll ~ a coin to decide who shall go, kita akan melambung duit utk menentukan siapa yg akan pergi; I’ll ~ you for the last apple, mari kita lambung duit utk menentukan siapa antara kita yg akan mendapat epal yg penghabisan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
money~ talks, duit juga yg laku: when all else fails, ~ talks, apabila semua ikhtiar gagal, duit juga yg laku; for so’s ~, (colloq) a. in o’s opinion, /bagi, pd pendapat/ sso: for my ~, she’s the best entertainerKamus Inggeris-Melayu Dewan
splash ~ out, (colloq) banyak berhabis duit: I ~ed out on expensive diamonds, saya banyak berhabis duit membeli berlian yg mahal-mahal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas