Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin; ~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 taring gajah yg berwarna putih kekuning-kuningan: Kerisnya yg berhulukan ~ itu telah dicuri orang. 2 = warna ~ warna putih kekuning-kuningan spt warna taring gajah: Keretanya berwarna ~. menggading 1 menikam dgn gading. 2 menyerupai gading (bkn nyiur yg baru tumbuh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gading I

Puisi
 

Nyiur gading tinggi mahligai,
     Ketupat jua berisi inti;
Hancur daging tulang berkecai,
     Belum dapat belum berhenti.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Sudah dapat gubah dikarang,
     bunga sekaki dicampak buang.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Telah dapat gading bertuah, terbuang tanduk kerbau mati). gubah dikarang = bunga=bunga yang dikarang.

 

Lihat selanjutnya...(11)

155

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading, menusia mati meninggalkan nama.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ivory<i>ni> 1. <i>white bone-like substance of which elephant tusks are made,i> gading: <i>the table is inlaid with ~,i> meja itu bertatahkan gading; <i>an ~ trader,i> pedagang gading; 2. (<i>attribi>) <i>made of ivory,i> yg dibuat drpd gading: <i>~ bangles,i> gelang yg dibuat drpd gading; 3. (<i>attribi>) <i>colour that is creamy white,i> berwarna gading; (<i>of skin, complexioni>) putih kuning: <i>~ white marble,i> marmar yg berwarna putih gading; <i>her ~ skin,i> kulitnya yg putih kuning; 4. (<i>in pli>), (<i>sli>) <i>keys of piano,i> mata piano.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ivory tower<i>ni> menara gading: <i>researchers in their ~s,i> para penyelidik yg hidup di menara gading.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tusk<i>ni> (<i>of elephanti>) gading; (<i>wild boar etci>), (gigi) taring: <i>the walrus is hunted for its hide and ~s,i> walrus diburu utk mendapatkan kulit dan taringnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spotter<i> n i> pengesan: <i> a talent ~,i> pengesan bakat; <i> aircraft ~,i> pengesan kapal terbang; <i> the game-wardens used ~ planes to locate ivory poachers,i> pelindung mergastua menggunakan kapal terbang pengesan utk mencari pencuri gading.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inlaid<i>adji> 1. <i>decorated with substance set in it,i> bertatahkan; (<i>attribi>) bertatahkan + <i>approp ni>: <i>the table top was ~ with gold,i> permukaan meja itu bertatahkan emas; <i>an ~ jewellery box,i> kotak barang kemas yg bertatahkan mutiara; 2. <i>embedded decoratively in a substance,i> ditanam; (<i>attribi>) tertanam: <i>ivory ~ in wood,i> gading yg ditanam dlm kayu; <i>~ silver,i> perak tertanam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas