Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.jan] | هوجن

Definisi : 1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja ber­jalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nela­yan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, mem­­basahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau me­lepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.jan] | هوجن

Definisi : 1 air (hasil drpd pemeluwapan wap air di atmosfera) yg jatuh ke bumi: Pagi ini ~ turun dgn lebatnya. 2 = hari ~ air sedang turun (menitik) dr udara: Apabila ~, banyaklah orang yg lambat sampai di pejabat. ~ asid air hujan yg dicemari asid yg boleh mendatangkan akibat buruk, terutamanya pd tumbuh-tumbuhan atau boleh mencemari air tasik, kolam dsb (asid yg terbentuk berpunca drpd percampuran asap yg dibebaskan ke udara dr kilang atau asap kereta dsb dgn lembapan udara). ~ batu (beku) air hujan yg telah menjadi beku yg turun dr udara. ~ gerimis (renyai, rintik-rintik) hujan yg menitik halus-halus. ~ lalu (lari, halau mentua) hujan yg turun sebentar saja. ~ lebat hujan yg besar dan banyak air yg turun. ~ panas hujan yg turun ketika matahari bersinar. ~ perolakan ist hujan yg disebabkan oleh penghabaan tanah daratan dan perolakan udara panas ke atas. ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut. ~ salji salji yg turun (dgn banyak). ~ siklon ist hujan yg terjadi akibat pertemuan udara panas dan lembap dgn udara sejuk (udara panas lebih ringan dan naik ke atas udara sejuk). berhujan berjalan dll dlm hujan; membiarkan diri dll basah oleh hujan: Mereka berpanas dan ~ sepanjang hari. menghujani 1 melepaskan panah, peluru dll banyak-banyak pd: Mereka ~ musuh dgn peluru. 2 datang atau menimpa dgn banyaknya (bkn bom, peluru dsb): Dlm masa pengunduran itu, tentera Vietnam telah dihujani bom. 3 datang (dikemukakan dll) dgn banyaknya pd: dihujani surat (soalan, pertanyaan dll). menghujankan menggugurkan atau melepaskan (bom, peluru dsb) banyak-banyak; mengemukakan (pertanyaan, cacian dsb) banyak-ba­nyak. memperhujankan membiarkan basah oleh hujan; mendedahkan atau membasahkan dlm hujan: Dia menjemur dan ~ papan-papan itu berminggu-minggu sebelum mengetamnya. kehujanan kena hujan; tertimpa oleh hujan: Dia ~ di jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Kalau nak hujan hujan sekali,
     Boleh saya bertudung kain;
Nak buang buang sekali,
     Boleh saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Hujan emas perak di negeri orang;
     hujan keris lembing di negeri kita;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri oang; baik juga di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(61)

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
rain treen pokok hujan-hujan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rainfalln hujan: heavy ~, hujan lebat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hail 1 n 1. small pellets of ice, ketulan hujan batu: the ~ has damaged the fruit, ketulan hujan batu telah merosakkan buah-buahan; 2. (shower) hujan batu; (storm) ribut hujan batu; 3. missiles directed against so., hujan: the soldiers were greeted with a ~ of machine-gun bullets, askar-askar itu disambut dgn hujan peluru mesingan; 4. (of abuse, criticism, etc) dihujani: a ~ of insults, dihujani penghinaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rainn 1. water falling to earth in drops, hujan: they went out in the ~, mereka keluar dlm hujan; 2. large quantity of anything falling rapidly, hujan: a ~ of bullets, hujan peluru; a ~ of questions, hujan pertanyaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shower 4. brief fall of rain, hujan: he waited in the doorway until the ~ was over, dia menunggu di ambang pintu hingga hujan berhenti; we’ve had some heavy ~s but no prolonged rain, di sini pernahlah hujan lebat tapi tidaklah hujan memanjang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
showery adj (of day) hujan turun sekejap-sekejap; (of weather) hujan sekejap-sekejap: the meteorological department has forecast a ~ day, jabatan kaji cuaca meramalkan hujan akan turun sekejap-sekejap.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rainyadj hujan: most tropical areas have a ~ season, kebanyakan kawasan tropika mempunyai musim hujan; /provide, keep, save, etc/ for a ~ day, sediakan payung sebelum hujan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shower3. bath in which one stands under running water, mandi hujan: he felt revived after the ~, dia berasa segar semula selepas mandi hujan; /take, have/ a ~, mandi hujan: I usually take a cold ~ each morning before breakfast, saya selalunya mandi hujan air sejuk setiap hari sebelum sarapan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shower5. brief fall (of snow, sparks, arrows, etc) hujan, menghujani: a ~ of arrows kept the attackers at bay, hujan anak panah menahan penyerang-penyerang drpd menghampiri kami; a ~ of sparks, hujan percikan api; the rioters sent a ~ of stones after the retreating police, perusuh-perusuh itu menghujani polis yg sedang berundur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sleet vi hujan beku turun: it was ~ing all afternoon, hujan beku turun sepanjang petang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas