Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa, bebek; ~ manila = ~ mandarin, Aix galericulata; ~ nila = ~ surati itik ternakan Cairina moschata; ~ air = ~ berkek = ~ laut belibis (burung belebas); ~ berenang dlm air (di laut) mati kehausan prb menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi; ~ bertaji prb orang yg sangat penakut tetapi sombong; ~ tak sudu, ayam tak patuk prb sesuatu yg tidak berguna sama sekali; bagai ~ berebutkan tembolok prb perbantahan kerana sebab yg terlalu kecil; bagai ~ pulang petang prb (berjalan) sangat lambat; mengajar ~ berenang prb perihal membuat pekerjaan yg sia-sia; perkataan mengekor ~ jantan prb perkataan yg menyindir (sombong); spt ~ mendengar guntur prb mengharapkan keuntungan yg tidak tentu datang; tak ada ~ yg bertenger prb perkara yg mustahil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ti/] | ايتيق

Definisi : sj binatang yg lebih kecil drpd angsa dan pandai berenang; bebek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itik

Puisi
 

Itik-itik di Kampung Cina,
     Buah mempelam masak bercahaya;
Adik-adik abang bertanya,
     Berapa bulan kasihkan saya?


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Itik mendapat air.

Bermaksud :

Memperoleh sesuatu yan sangat digemarinya.

 

Lihat selanjutnya...(24)

239

Old habits die hard

Tabit atau amalan yang sudah menjadi kebiasaan sukar diubah.

Asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan

People would still prefer to queue up to buy their tickets at the counters. When asked why they were reluctant to use the ticket-vending machines, their response was "troublesome". It is true : old habits die hard.

Orang ramai masih suka beratur untuk membeli tiket di kaunter. Apabila ditanya mengapa mereka keberatan hendak menggunakan mesin tiket, jawapan mereka, ''menyusahkan''. Benarlah : asal ayam hendak ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbangan .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
single file n berderet satu per satu: the ducks crossed the road in ~, itik-itik itu melintasi jalan berderet satu per satu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
quack 1vi make sound like a duck, berbunyi kuek, menguek: can you hear the ducks ~ing?, boleh kamu dengar itik-itik itu menguek?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duck1n 1. common aquatic bird, itik: wild ~, itik liar; 2. female of this bird, itik betina; 3. flesh of duck, (daging) itik: roast ~, itik panggang; 4. also ducks (UK), (colloq), (as form of address) dear, sayang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ducklingn 1. young duck, anak itik; 2. flesh of this bird, (daging) itik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inspirationn 1. influence arousing creative activity, ilham, inspirasi: Wordsworth drew his ~ from nature, Wordsworth mendapat ilham drpd alam semula jadi; he found ~ in the peace and quiet about him, dia mendapat ilham drpd alam sekelilingnya yg sunyi dan tenang; 2. source that inspires, sumber /ilham, inspirasi/: his father was his ~, bapanyalah sumber ilhamnya; 3. inspired thought, idea, ilham, inspirasi: watching the ducks in the pond, he had a sudden ~, semasa merenung itik-itik di kolam itu, tiba-tiba dia mendapat ilham; 4. process of breathing in air, inspirasi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mallardn itik melewar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
poultrynayam itik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
mandarin duckn itik mandarin.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
duckweedsn kiambang itik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
poulterernpenjual ayam itik.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas