Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1. kawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah dll) di luar bandar, desa, dusun: ~nya terletak kira-kira 12 km dr Kuala Lumpur; (ketua) kepala ~ orang yg menjadi ketua kpd penduduk kampung; orang ~ a) penduduk kampung; b) orang yg tidak moden (masih berpegang pd kebiasaan atau tradisi lama); rumah ~ rumah yg reka bentuknya (buatannya dsb) spt yg lazimnya terdapat di kampung; tanah ~ tanah yg terletak di kawa­san kampung (bukan tanah di kawasan per­bandaran); 2. kawasan dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Cina; ~ Melayu; 3. ki tidak moden, agak kolot: datuknya masih ~; 4. bukan dihasilkan (dipe­lihara dll) dgn cara pengurusan moden, terpelihara (terhasil, terjaga, dll) cara kam­pung; anjing ~ anjing liar yg tidak dipelihara; ayam ~ ayam yg dipelihara dgn cara biasa di kampung; kopi ~ kopi yg bukan dr ladang (perkebunan dsb); ~ dunia dunia yg dilihat sbg sistem yg bersepadu keseluruhannya yg semua bahagiannya saling bergantungan; ~ halaman (laman) kampung tempat lahir; berkampung berhimpun, berkumpul: malam tadi kita ~ adik-beradik serta saudara-mara; sekalian rakyat pun ~lah; mengampungkan menghimpunkan, mengum­pulkan: kampungkanlah segala rakyat; kampungan 1. ada kaitannya dgn kebiasaan, tradisi, dsb yg terdapat di kampung: yg menarik tentang Ngoyang ialah mitos dan nilai tradisi teater ~ yg wujud di dalamnya; 2. ki tidak moden, kuno: akronim mesti membentuk nama yg indah yg tidak ~; kekampungan bersifat kampung (peng­hidupan, keadaan, adat resam, dll), (masih) berasaskan kebiasaan (tradisi dsb) yg dipegang atau diikut penduduk kampung: ia mencemuh cara hidup kita yg dianggapnya ~; perkampungan 1. mengenai (berkaitan dgn) kampung: pegawai ~; 2. kelompok (kumpulan) kampung: daerah ~; mereka dibawa ke kawasan ~ baru; 3. tempat berkampung (berhimpun): sesudah dua hari berjalan kaki, sampailah kami ke ~ bala tentera itu; 4. sekelompok, sekumpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kam.pung] | کامڤوڠ

Definisi : 1 kawasan perumahan di luar bandar; desa: Dia lebih suka tinggal di ~ drpd tinggal di bandar. 2 kawasan yg terletak dlm bandar tempat sesuatu kaum tinggal berkelompok: ~ Jawa; ~ Keling. ~ halaman kampung dll tempat seseorang dilahirkan. berkampung berkumpul; berhimpun: Sekalian rakyat pun ~lah. Malam ini kita ~, malam esok kita bercerai. perkampungan 1 kumpulan atau kelompok kampung. 2 tempat orang berkampung (berkumpul, berhimpun). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kampung (kata nama)
Bersinonim dengan desa, kediaman, rantau, kawasan, daerah, wilayah, negeri, sektor, seksyen, zon;,
Kata Terbitan : berkampung, mengampungkan, kekampungan, perkampungan,

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(102)
Peribahasa

Gajah masuk kampung,
     kalau kayu (= pohon) tak tumbang,
rumput layu juga.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).

 

Lihat selanjutnya...(11)

135

Squeezed between the devil and the deep blue sea

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran.Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
passwe ~ed through pretty fishing villages on the way, kami melalui kampung-kampung nelayan yg indah dlm perjalanan itu; we’ve ~ed through Yong Peng many times but have never stayed any length of time there, kami singgah di Yong Peng banyak kali tetapi tdk pernah tinggal di sana; b. traverse st, /melalui, merentasi/ sst: the new road is to ~ through our land, jalan baru itu akan merentasi tanah kami; ships that ~ through the Mediterranean, kapal-kapal yg melalui laut Mediterranean; c. experience st, /menempuh, melalui/ sst: the business is ~ing through a trying period,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
delugevt (lit. & fig.) membanjiri: the monsoon rain ~d the villages, hujan monsun membanjiri kampung-kampung itu; the speaker was ~d with questions, penceramah itu dibanjiri soalan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vehicularadj (utk) kenderaan: there is no ~ access to the mountain villages, tdk ada jalan utk kenderaan ke kampung-kampung di pergunungan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
link~ st together, a. join st, menghubungkan sst: a road ~s the villages together, sebatang jalan menghubungkan kampung-kampung itu; b. (often pass.) suggest that two people or events are connected, dikaitkan: their names have never been ~ed together, nama mereka tdk pernah dikaitkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
numerousadj many, banyak (sekali); (of persons) ramai (sekali): there were ~ errors in the manuscript, terdapat banyak sekali kesilapan dlm manuskrip itu; he has ~ supporters in the villages, dia mempunyai ramai penyokong di kampung-kampung; ~ times, on ~ occasions, banyak kali, berkali-kali: we’ve stated our stand on ~ occasions, kami telah menyatakan pendirian kami berkali-kali.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
villagen 1. place smaller than a town, kampung, desa: there is a little ~ in the valley, ada sebuah kampung kecil di lembah itu; a ~ community, masyarakat kampung; 2. people of a village collectively, (orang) /kampung, desa/: the whole ~ attended his funeral, seluruh kampung itu menghadiri pengebumiannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rusticadj 1. characteristic of country people, kampung, desa: ~ dwellings, rumah-rumah kampung; ~ life, kehidupan desa; the ~ simplicity of their lives, cara hidup kampung yg sederhana; 2. unrefined, kekampungan: their ~ ways, cara mereka yg kekampungan; 3. of rough workmanship, kasar buatannya: ~ furniture, perabot yg kasar buatannya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pursuit2. a quest for st, usaha /mencari, memburu/: many rural youths have to leave their homes in ~ of jobs in the city, ramai belia kampung terpaksa meninggalkan kampung halaman utk memburu pekerjaan di bandar raya; his singleminded ~ of truth was admirable, usahanya yg gigih utk mencari kebenaran sungguh mengagumkan; 3. continuance of activity, plan, etc, meneruskan: in ~ of a policy of restructuring, the company is cutting back staff, untuk meneruskan dasar penstrukturan semula, syarikat itu mengurangkan bilangan kakitangan; 4. (often in pl)Kamus Inggeris-Melayu Dewan
homesicknessn kerinduan thdp kampung halaman; suffer from ~, /merindui, rindu akan/ kampung halaman.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
villagern /orang, penduduk, penghuni/ /kampung, desa/: all the ~s were invited to the wedding, semua orang kampung dijemput ke majlis perkahwinan itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas