Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw seperti, sebagai, macam: ~ anjing liar bergerombolan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seri kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak mempunyai harta (wang dll): Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2 mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan Maha ~. 3 banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin): Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya. kekayaan 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.

 

Lihat selanjutnya...(93)

436

Once bitten, twice shy

Orang yang pernah ditimpa pengalaman buruk sudah tentu akan sentiasa berwaspada supaya hal yang sama tidak akan berulang

Sekalilah si buta kehilangan tongkat

I once lost a lot of money to get rich scheme, and I am afraid to invest in your scheme even though it promises a 300% return within 15 months. Once bitten, twice shy.

Saya pernah rugi besar dalam skim cepat kaya, dan saya takut hendak melabur dalam skim awak walaupun dijanjikan pulangan 300% dalam tempoh 15 bulan. Sekalilah si buta kehilangan tongkat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
nobn (sl) orang /besar-besar, kaya-kaya/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
filthy~ rich, (colloq) kaya-raya, kaya /betul, sungguh/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
richadj 1. wealthy, kaya: a ~ merchant, saudagar kaya; the ~ countries of the world, negara-negara kaya di dunia; 2. well supplied or endowed, kaya: a book ~ in information, buku yg kaya dgn maklumat; the soil is ~ in nitrogen, tanah itu kaya dgn nitrogen; 3. fertile, subur: the ~ valley of the Nile, lembah Nil yg subur; 4. abundant, banyak: a ~ collection of stories, satu koleksi cerita yg banyak; from his ~ fund of experience, dr pengalamannya yg banyak; 5. valuable, berharga, bernilai: ~ gifts, pemberian yg berharga; 6. luxuriant, rimbun: a ~ growth of weeds, rumpai yg tumbuh rimbun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wealthyadj (of person) kaya; be ~ in, kaya dgn: a country ~ in natural resources, negara yg kaya dgn sumber-sumber aslinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
well offadj 1. prosperous, kaya, berada: well-off middle class families live in this area, keluarga kelas pertengahan yg kaya tinggal di kawasan ini; he is ~ now, dia sudah kaya sekarang ini; 2. having quite a lot, banyak: the town is quite ~ for good shops, bandar itu mempunyai beberapa banyak kedai yg baik;you don’t know when you’re ~, kamu tdk sedar betapa beruntungnya kamu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wealthn 1. (possession of) large and valuable assets, property, etc, kekayaan, kaya: his ~ didn’t bring him happiness, kekayaannya tdk membawa kebahagiaan kepadanya; he acquired great ~ at an early age, dia menjadi begitu kaya semasa muda lagi; the ~ of the community is derived from its rich farmland, kekayaan masyarakat itu datangnya dr ladangnya yg subur; he married a woman of considerable ~, dia berkahwin dgn seorang perempuan yg agak kaya; 2. a large quantity or number, kaya: he has a ~ of experience, dia kaya dgn pengalaman; he is respected for his great ~ of knowledge, dia dihormati krn kaya dgn ilmu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rich-rich adj kaya dgn: protein~ foods, makanan yg kaya dgn protein.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parvenu adj ( fml & derog ) orang kaya baru: ~ taste, cita rasa orang kaya baru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
moguln (orang yg) kaya dan berpengaruh: the ~s of the shipping industry, pemilik-pemilik syarikat perkapalan yg kaya dan berpengaruh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
substantial5. prosperous, wealthy, kaya: a very ~ company in the textile trade, sebuah syarikat yg sangat kaya dlm perdagangan tekstil; 6. physically present, real, betul: what he saw was a ~ being, not a ghost, yg dilihatnya ialah orang betul, bukan hantu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas