Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuah] | کواه

Definisi : air atau cairan drpd gulai (masakan sayur, masakan daging, dll) yg dicurahkan ke dlm nasi dll (apabila makan): ~ gulai ikan; ~ lemak; ~ pedas; ~nya pekat; ~ sama dihirup, sambal sama dicolek prb bersama-sama dlm senang dan susah; ~ tumpah (tertuang, tertunggang) ke nasi a) prb Mn dikatakan mengenai anak yg dikahwinkan dgn kemanakan (anak saudara perempuan); b) ki sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya; ke mana tumpah ~ kalau tidak ke nasi prb baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya; harapkan kuning ~ kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan yg besar (tapi belum tentu diperoleh) keuntungan yg kecil tapi sudah tentu, dilepaskan; berkuah dgn kuah, memakai (ada) kuah: makan ~; ~ air mata ki selalu menderita kesusahan; menguahi memberi berkuah pd, membubuh kuah pd: ~ nasi; menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah: ~ gulai lemak ke nasinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuah] | کواه

Definisi : cairan dlm masakan (terutamanya air gulai, air sayur dll) yg dimakan dgn nasi. berkuah ada kuahnya; dgn kuah: masakan ~. berkuahkan ada atau mempunyai sesuatu sbg kuah: Caca ialah masakan sayur-sayuran yg ~ cuka. menguahi membubuh atau menuang kuah pd: ~ nasi. menguahkan menjadikan sesuatu sbg kuah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuah

Puisi
 

Naik bukit bermain angin,
     Makan buah serba rasa;
Sakit sungguh tinggal bermain,
     Makan kuah berair mata.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuah tertunggang ke nasi,
     nasi akan dimakan juga.

Bermaksud :

Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(11)

2

The apple never falls far from the tree

Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya.

Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi

Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful.

Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Jadi berhati-hatilah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
gravyn 1. juice of cooking meat, air daging; 2. sauce, kuah: she made the ~ after roasting the meat, dia membuat kuah selepas memanggang daging.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
salad dressingn kuah salad.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
French dressingn kuah salad Perancis.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
browningn pewarna kuah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dressingn 1. sauce esp for salad, kuah salad; 2. (US), stuffing, inti; 2. bandage, pembalut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
vinegarn (sharp-tasting liquid ) cuka: oil and ~ dressing, kuah salad drpd minyak dan cuka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
thickenvt 1. make viscous, memekatkan: she ~ed the gravy with flour, dia memekatkan kuah itu dgn tepung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sop vt soak in liquid, merendam: they ~ped pieces of bread in the gravy, mereka merendam keping-keping roti dlm kuah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
boil2~ down, mendidih hingga menjadi (sedikit, pekat dll): the sauce ~ed down to half its original quantity, kuah itu mendidih hingga menjadi setengah jumlah asalnya; ~ st down, a. reduce st by boiling, memasak sst hingga /tinggal sedikit, pekat dll/: ~ the syrup down, masaklah sirap itu hingga pekat; b. summarise, memendekkan, meringkaskan: this long paragraph can be ~ed down to a few sentences, perenggan yg panjang ini dapat dipendekkan menjadi beberapa ayat; ~ down to st, berpokok pd: the whole affair ~ed down to jealousy, semua perkara itu berpokok pd rasa cemburu; what it ~s down to is ..., pokoknya ..., yg pentingnya ...;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
single cream n krim ringan: use ~; double cream will make the sauce too fatty, gunakan krim ringan; krim pekat akan menjadikan kuah terlalu berlemak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas