Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm per­mainan sukan; menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia; tercacak bagai ~ ter­gadai prb tertegun kehairanan; melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1 senjata bermata besi yg diradakkan atau dibalingkan (rupanya spt tombak tetapi kecil sedikit). 2 seligi drpd besi dll yg digunakan dlm permainan olahraga: pertandingan melontar ~. melembing meradak (menikam, melempar) dgn lembing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembing

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(13)

599

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya keris lembing tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spear 1 n throwing weapon with a sharp point and long shaft, lembing; (specif for impaling fish) tiruk, tempuling, lembing:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spearhead n 1. sharp pointed tip of a spear, kepala lembing: the ~s are barbed and difficult to remove, kepala lembing itu beruit dan susah hendak dicabut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
javelinn lembing.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
halberdn kapak /lembing, senjata/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pierce~ through, menembusi: the spear ~d right through his chest, lembing itu betul-betul menembusi dadanya; our troops managed to ~ through the enemy lines, pasukan kami berjaya menembusi kawasan musuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
glance~ off, a. mengenai sipi, menyipi: the spear ~d off his shield, lembing itu mengenai sipi perisainya; b. (fig.) tdk meninggalkan apa-apa kesan pd: the cruel remark just ~d off her, kata-kata yg tajam itu tdk meninggalkan apa-apa kesan padanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spear 1 the tribesmen were armed with ~s bows and arrows, anggota puak itu bersenjatakan lembing serta panah; he caught several fish with his ~, dia menangkap beberapa ekor ikan dgn tiruknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shaftn 1. long stem (of arrow, lance, etc) batang: the long ~s of their spears, batang lembing mereka yg panjang; 2. long handle, tangkai: the ~ of the axe had split, tangkai kapak itu sudah pecah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
transfixvt 1. pierce through, menusuk, meradak, merodok: an animal ~ed by a spear, binatang yg ditusuk dgn lembing;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
let 1 ~ fly st, a. attack with st, melemparkan sst; ( gun etc) menembakkan sst: the raiding party ~ fly their spears, kumpulan penyerang melemparkan lembing mereka; the frigate ~ fly two torpedoes before the enemy could open fire, frigat itu menembakkan dua torpedo sebelum pihak musuh dapat memulakan tembakan; b. (fig.), /melepaskan, menghamburkan/ sst: he ~ fly a torrent of abuse, dia tdk putus-putus menghamburkan caci maki;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas