Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.lit] | ليليت

Definisi : 1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit (ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; kuat ~ kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya; selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling, sebelit: ~ Pulau Perca; berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di dahan kayu; berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu; melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar; melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai bunga dgn ~ warna hijau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lit] | ليليت

Definisi : 1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,

Puisi
 

Kayu jati di tepi huma,
     Lilit akar ribu-ribu;
Kalau hati inginkan bunga,
     Cari akal dengan tipu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(2)

616

There is strength in numbers

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Kuat lilit kerana simpulnya

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that there is strength in numbers , we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa kuat lilit kerana simpulnya. Oleh itu kami beramai-ramai memulaukan daging ayam dengan harapan harganya akan turun. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
circumscribedadj 1. (geom) terterap lilit: a ~ triangle, segi tiga terterap lilit; 2. restricted, terhad, terbatas: ~ freedom, kebebasan yg terhad.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half hitchn lilit separuh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
circumscriptionn (geom) penerapan lilit.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
girthn 1. circumference, lilit(an), ukur keliling: a tree five metres in ~, pokok yg lilitnya lima meter; 2. size (usu of waist) saiz pinggang: his ~ is increasing, saiz pinggangnya semakin bertambah; 3. strap encircling an animal’s body, tali /perut, benang/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
circumscribevt 1. (geom) menerap lilit; 2. restrict, mengehadkan, membatasi: to ~ so’s activities, mengehadkan kegiatan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swathe, swathn 1. strip of cloth wrapped around st, lilit(an): his head was covered in ~s of bandages, kepalanya dilitupi lilitan pembalut; a pale blue dress finished at the waist with a ~ of silk, baju biru muda yg dihias dgn selilit sutera pd bahagian pinggang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
signify 2. give sign, indication of, menandakan, menunjukkan: the black armband that signifies mourning, kain lilit lengan berwarna hitam yg menandakan perkabungan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hitchn 1. short upward tug, menarik (sedikit): he gave a ~ to his trousers, dia menarik sedikit seluarnya; 2. snag, halangan: there was a slight ~ to our plans, ada sedikit halangan dgn rancangan kami; without a ~, dgn lancar: the ceremony went off without a ~, upacara itu berlangsung dgn lancar; technical ~, /masalah, gangguan/ teknik; 3. (kind of knot) simpul /belit, lilit/; half ~, lilit separuh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas